Hiburan

“Urwa cakap dia dah besar, nk pegang sendiri botol tu..” – Nadzmi Adhwa

Bergelar sebagai pasngan baru yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama pasti keterujaan itu lebih dirasai. Begitu jugalah yang boleh di ibaratkan buat pasngan Nadzmi Adhwa dan juga Ardell Aryana. Mereka telahpun selamat bergelar sebagai ibu bapa pada 5 Jun yang lalu setelah Ardell hampir 16 jam bertarung nyawa melahirkan puteri sulung mereka.

Kehadiran buah hati sulung itu tentunya menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga. Cahaya mata sulung mereka iaitu seorang bayi perempuan telah diberikan nama Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa.

Terdahulu pasngan ini telah mendirikan rumahtangga pada 1 September 2019 dan membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata sekitar Disember tahun lalu.

Menerusi muatnaik terkini di akaun instagram Nadzmi, beliau berkongsi sebuah video yang memaparkan anak sulungnya Urwa sudah pandai memegang sendiri botol susu. Baru sahaja berusia 2 bulan 15 hari buah hati pasngan ini sudah pandai “berdikari”.

Mungkin juga mengikut jejak langkah ummi dan abinya yang sangat berdikari sejak dari usia muda, kini Urwa pula mewarisi sikap tersebut sejak dari kecil.

Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet dan juga para pengikut mereka. Para peminat dan pengikut akaun Instagram beliau memuji Urwa yang sudah pandai memegang botol susu sendiri. Memang agak cepat bagi bayi yang baru berusia 2 bulan. Comel betul puteri sulung Nadzmi dan Ardell ni.

Pastinya mereka berdua kini sedang melalui pengalaman baru dalam membesarkan anak. Mudah-mudahan kehadiran Urwa menambahkan lagi seri dalam alam rumahtangga buat pasngan baru ini.

Sumber : Instagram nadzmiadhwa

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.