Uncategorized

“Ingatkan Nabila nk tolong stylekan tudung Lofa, rupanya..”

Neelofa nama yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air. Bukan sahaja seorang selebriti terkenal Neelofa juga antara selebriti Malaysia yang hebat kerana berjaya membawa dirinya ke seluruh negara. Sering di lihat menjadi duta produk dan fesyen antarabangsa. Neelofa juga antara seorang wanita yang berjaya di Malaysia kerana berjaya membuka perniagaannya sendiri. Jika sebelum ini dia popular dengan brand Neelofar Hijab sekarang susu pisang nilofa. Sangat laris di pasaran dan sedap.

Neelofa antara selebriti yang mempunyai bakat besar bukan sahaja boleh berlakon dan mengacara dia juga sering menjadi icon jenama jenama besar dan juga sering menjadi icon untuk brand brand besar tempatan mahupun luar negara.

Bukan senang untuk mencipta nama dan kekal di tahap yang selalu di banggakan Neelofa tampil yakin dengan setiap apa yang dia lakukan. Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan harian Neelofa tidak pernah lupa untuk memuat naik video toturial tudungnya di laman sosial.

Kebiasaannya Neelofa sering di lihat membuat tutorial seorang tetapi kali ini berteman. Melalui perkongsian dari team Neelofa di ruangan instagram Lofa page, video Nabila sengaja kenakan Neelofa turut membuat ramai turut gelak.

Mana taknya sememangnya nampak Ting tong apabila Nabila di lihat tergelak sambil nenjerut leher adiknya. Memang sengaja la tu kan nak kenakan adiknya.

Part Neelofa gelak amboi seronok Neelofa tiada reaksi marah bahkan nampak sangat seronok. Walaupun Nabila suka kenakan Neelofa, tetapi dia seorang kakak yang sangat supportive kepada kerjaya adiknya.

Alahai kesian pula tengok Neelofa yang terkejut dan tercekik dengan gurauan dari kakaknya. Mereka berdua juga nampak sangat rapat dan sering di lihat berkerjasama di dalam urusan perniagaan.

Rata rata netizen juga turut terhibur dengan gelak mereka dan ramai juga yang terkejut dengan reaksi mengejut Nabila. Ada juga yang merasakan Nabila sangat sporting dan Neelofa sangat bertuah mendapat kakak seperti Nabila pandai menghiburkan adiknya.

Semoga Neelofa terus maju jaya di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Kagum sangat dengan setiap kejayaannya.

Sumber : ig lofa.videos

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.