Uncategorized

Dikecam Netizen, akhirnya Ajai mohon maaf di pentas big stage

Program realiti tv Bigstage antara pertandingan yang memaparkan penyanyi penyanyi baru tanah air. Para peserta dari latar belakang yang sememangnya hebat di dalam nyanyian. Untuk malam ini, bigstage turut di meriahkan dengan pilihan lagu dari juri dan ini adalah task pertama mereka untuk pertandingan ini. Adakah mereka dapat menyampaikan dengan baik? Bagaimana pula dengan komen dari juri. Untuk malam ini Juri tetap adalah Ajai, Dayang Nurfaezah dan Faizal Tahir manakala juri jemputan Erni Zakri. Turut memeriahkan suasana dari host tetap bigstage Sherry dan Alif Satar.

Seperti yang kita tahu, minggu lepas bigstage viral dengan isu Juri dan peserta Hafiz Zainal. Ramai yang tidak puas hati dengan pemarkahan dari juri Ajai kerana memberi markah 2% kepada Hafiz. Netizen juga turut mer0y4n di dalam twitter facebook dan instagram terhadap sikap Ajai yang kritik dan memberi komen yang pedas kepada peserta tersebut.

Netizen juga meminta agar pihak astro mengantikan tempat juri Ajai kepada juri lain. Ramai yang tidak puas hati dan merasakan Ajai tidak layak sebagai juri Bigstage. Pembukaan bigstage malam ini sekali lagi di kejutkan dengan reaksi ajai mengenai isu tersebut.

Ajai dengan berani naik ke pentas sebelum Hafiz memulakan nyanyiannya. Ajai telah membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada Hafiz Zainal dan juga dia turut memohon maaf kepada semua penonton bigstage di rumah dan studio atas segala kesalahan dan tindakannya minggu lepas.

Ajai tetap dengan pendiriannya ingin bertegas kepada semua peserta bigstage kerana dia mahukan semua peserta bigstage belajar dari kesalahan dan cepat perbaiki kelemahan kerana masa terlalu suntuk untuk pertandingan ini. Dia juga ingin kan kualiti di setiap nyanyian dan bakat dari semua peserta.

Ajai juga telah memberi semangat kepada Hafiz supaya terus berjuang dan perbaiki segala kelemahannya. Ajai juga ingin Hafiz buktikan kepada semua apa yang dia cakap dan komen minggu lepas adalah salah. Hafiz Zainal terpaksa hold persembahan untuk bertenang. Tidak sabar juga ingin menyaksikan persembahan dari Hafiz Zainal sebentar lagi.

Ramai yang memuji cara Ajai kerana nampak sangat gentleman dan berani mengaku salah dan memohon maaf. Ramai yang inginkan semua peserta tidak tekanan dengan setiap komen dari Ajai selepas ini.

Semoga program bigstage kali ini terus terus trending di laman sosial dan menjadi hiburan pilihan pertama penonton di malam minggu. Agak agak apa pula komen Ajai nanti selepas Hafiz Zainal membuat persembahan kan. Sama sama kita nantikan

Sumber : Ig astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.