Hiburan

“Tak baik kata kami pakai bra kat muka..” – Syatilla Melvin

Syatilla Melvin dan juga Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka berdua kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Syatilla yang juga merupakan pelakon semakin memperlahankan aktiviti lakonan beliau kerana kini berjinak-jinak menjadi usahawan barangan k0smetik dan muncul dengan beberapa produk kecantikan diri berupa lipstik yang di berikan nama Kekaasih.

Pasngan suami isteri bahagia ini saling melengkapi diantara satu sama lain. Ramai yang mengetahui sikap pasngan suami isteri ini yang “masuk air” dan g1la-g1la. Pasti ada sahaja muatnaik terkini mereka di instagram yang kelakar dan mencuit hati.

Jika di lihat beberapa entri mereka berdua di laman media sosial sebelum ini, ramai yang tidak dapat menahan gelak ketawa dengan lawak pasngan suami isteri ini. Memang pecah perut dibuatnya kalau melayankan kerenah mereka berdua ini.

Menerusi perkongsian gambar terbaru di laman media sosial Syatilla, beliau memuatnaik sekeping gambar di mana beliau mengenakan topng muka yang kelihatan seperti pakaian dalam wanita. Beliau juga turut memberitahu bahawa beliau menerima beberapa direct message (DM) di Instagram yang memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Caption yang ditulis Syatilla di gambar berkenaan membuatkan rakan artis dan juga para pengikutnya di Instagram turut mengakui perkara itu. Mereka juga bersetuju topeng yang dipakai Syatilla itu kelihatan agak sama dengan pakaian dalam wanita.

Memang sempoi betul Syatilla ni kan. Boleh layan dengan redha je usikan rakan-rakan mengenai topeng muka tu. Agak-agak kalau orang lain mesti dah tak pakai topeng muka tu kan.

Sumber : Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.