Hiburan

“Hang mmg terbaek. Aku senyum ja dr awal smpai habis performance hang..” – Netizen

Pada 16 Ogos yang lalu telahpun bermula konsert pertama program nyanyian Big Stage. Big Stage ialah program yang mengumpulkan bakat muda yang sebelum ini popular di laman media sosial di bawa ke sebuah pentas yang lebih besar untuk membuat persembahan. Bersiaran untuk musim ketiga, Big Stage musim ini menampilkan 3 orang ikon menjadi juri tetap iaitu Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah.

Baru sahaja memulakan konsert permulaan program tersebut sudah hangat diperkatakan ekoran kelantangan komen juri Ajai pada minggu pertama.

Konsert kedua yang berlangsung malam tadi pula menyaksikan penyingkiran Hanie Soraya sebagai peserta pertama tersingkir dalam program tersebut. Manakala Usop mendahului markah keseluruhan sebagai juara mingguan.

Menerusi Instagram Usop, beliau memuatnaik beberapa keping gambar daripada persembahan beliau di konsert mingguan Big Stage malam tadi. Menyanyikan lagu Hael Hussaini berjudul Hati, gelagat beliau di atas pentas benar-benar mencuit hati para penonton.

View this post on Instagram

Nohhhh💓

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial) on

Rata-rata ramai yang mngalkan komen di muatnaik laman media sosial Usop menunjukkan sokongan mereka buat Usop.

Mereka memuji persembahan Usop yang kelihatan selesa dan tidak lagi malu-malu di atas pentas.

 

Tahniah Usop kerana semakin bagus memperbaiki persembahan dan mengambil komen juri sebagai pembakar semangat untuk meningkatkan persembahan saban minggu. Mudah-mudahan Usop terus konsisten untuk konsert minggu hadapan pula.

Sumber : Instagram usopofficial

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.