Hiburan

“Pandangan org belum dapat” – Jelingan tunang Mira Filzah jadi perhatian netizen

Sudah sekian lama rasanya mendengar desas desus mengenai hubungan cinta di antara pelakon Mira Filzah dan juga lelaki yang dikatakan bakal menjadi teman hidup beliau iaitu Wan Emir Astar. Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada pihak Mira Filzah sebelum ini, kini segalanya telah terungkap apabila Mira sudah tidak lagi berselindung mengenai hubungan tersebut.

Mira Filzah atau nama sebenar beliau Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan seorang pelakon wanita yang cukup terkenal di Malaysia. Populariti beliau begitu memuncak apabila setiap drama dan filem lakonan beliau mendapat sambutan dan reaksi luarbiasa daripada para penonton sehingga beliau dinobatkan sebagai pemenang anugerah bintang popular pada tahun 2019.

Kelmarin pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini telah selamat menyempurnakan majlis khatam al-Quran di kediaman keluarganya  menggantikan majlis malam berinai.

Namun begitu beliau masih belum mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya dengan anak kepada Timbalan Mnteri Di Jabatan Perdana Mnteri (Tugas-Tugas Khas) Datin Mastura Mohd Yazid itu.

Menerusi sebuah video yang dipaparkan oleh akaun Instagram peminat Mira Filzah, tersebar sebuah video dimana Mira dan Wan Emir kelihatan sedang ditemubual dalam satu program di televisyen.

Wan Emir dalam video itu tidak melepaskan pandangan kepada buah hatinya ketika Mira sedang memberikan penjelasan kepada pengacara program.

Pasngan yang telahpun mengikat tali pertunangan sekitar Julai lalu ini sudah pasti sedang melalui detik bahagia menghitung waktu disatukan. Netizen yang melihat jelingan Wan Emir itu lantas mengusik pasngan sama cantik sama padan tersebut.

Tahun ini beberapa selebriti terkenal sudahpun mengakhiri zaman bujang mereka, kali ini giliran Mira Filzah pula.

Sekian lama berahsia mengenai hubungan beliau bersama Wan Emir sudah tentu majlis perkahwinan beliau akan menjadi antara majlis perkahwinan yang sangat dinantikan oleh ramai peminat. Wedding of the year mungkin?

Sumber: Instagram lunaskinz_bukitmertajam

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.