Uncategorized

“Kalau dapat jual 500 kotak, saya terpaksa call Syazwan ajak dating” – Wan Sharmila

Populariti drama 7 Hari mencintaiku membuatkan drama tersebut menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen walaupun drama berkenaan telah berakhir. Semakin diperkatakan juga, tidak ketinggalan beberapa pelakon yang melakonkan watak menjadi pasngan suami isteri di dalam drama itu yang kelihatan begitu serasi bersama sehingga di doakan oleh peminat supaya betul-betul menjadi pasngan di dunia nyata iaitu Wan Sharmila dan juga Shazwan Zulkifli.

Pasngan ini memang sangat sesuai bersama. Jarak usia 6 tahun tidak menjadi masalah kalau sudah suka sama suka. Mereka berdua juga dilihat kerap berbalas komen di Instagram. Setiap kali Wan Sharmila memuatnaik entri terkini di Instagram, Syazwan pasti tidak terlepas untuk mngalkan komen di entrinya.

Walaupun menafikan hubungan mereka dan menyifatkan mereka berdua hanya kawan biasa, namun kedua-duanya saling memberikan ‘hint’ kepada satu sama lain menerusi laman media sosial masing-masing.

Wan Sharmila yang merupakan Pengasas Produk Aura Kasih Jamu Warisan baru-baru ini ada membuat instagram live bagi mempromosikan produk beliau. Seperti biasa Syazwan tidak ketinggalan muncul di sesi Instagram live itu dan turut serta untuk mengusik Wan Sharmila.

Usik mengusik antara pasngan ini membuatkan para netizen teruja sehingga Wan Sharmila membuat tawaran utk menghubungi Syazwan

Syazwan kemudiannya meminta para peminat untuk membeli produk Wan Sharmila itu bagi membantu beliau. Ruangan komen Instagram live itu dipenuhi dengan komen pembakar semangat daripada para netizen buat Syazwan supaya tidak berputus asa dan teruskan berusaha utk mendapatkan Wan Sharmila.

Mudah-mudahan harapan para netizen dan juga peminat drama 7 hari mencintaiku untuk melihat pasngan ini bersatu menjadi kenyataan suatu hari nanti. Semakin hari semakin hangat nampaknya mereka berdua ni saling usik mengusik. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan?

Sumber: Instagram _inaijari_

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.