Hiburan

Adik beradik cantik, Tahniah adik Mira Filzah selamat bergelar isteri

Mira Filzah atau nama sebenar beliau Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan seorang pelakon wanita yang cukup terkenal di Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner hasil lakonan mantap beliau bersama Adi Putra sekitar tahun 2015. Bertitik tolak daripada situ kerjaya seninya semakin mekar dan kini beliau juga turut menceburkan diri sebagai pengacara.

Menyingkap mengenai kehidupan peribadi beliau, ramai yang tidak tahu bahawa bahawa Mira mempunyai 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan. Mira merupakan anak kedua dan mempunyai seorang kakak yang telah berkahwin manakala adik yang bongsu begitu seiras dengan wajahnya bernama Aina Fadhilah.

Baru-baru ini beliau telah mengadakan majlis khatam al-quran bersama adiknya, para peminat membuat andaian bahawa pastinya majlis beliau bakal diadakan dalam masa yang terdekat.

Namun begitu menerusi muatnaik terkini sebuah laman Instagram milik peminat, telah menunjukkan video yang memaparkan Mira Filzah bersama kakak sulung sedang mengambil gambar bersama adik beliau yang lengkap berpakaian pengantin.

Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa rupa-rupanya majlis perkahwinan adik Mira Filzah yang diadakan terlebih dahulu.

Walaupun begitu, para peminat Mira dan juga sahabat terdekat rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasngan mempelai tersebut.

Sama-sama kita nantikan majlis perkahwinan Mira Filzah pula selepas ni. Sekian lama berahsia mengenai hubungan cinta beliau sudah tentu majlis perkahwinan beliau akan menjadi antara majlis perkahwinan yang sangat dinantikan oleh ramai peminat.

Sumber: Instagram _inaijari_

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.