Hiburan

“Kesian pengantin, mak pengantin lagi letop” – Netizen

Rozita Che Wan merupakan seorang pelakon terkenal di Malaysia. Beliau dikenali kerana mempunyai rupa paras wajah yang jelita dan juga gemar bergaaya. Sekiranya berlakon, beliau sering memakai bulu mata palsu walaupun ketika beliau melakonkan babak sedang saakit sekalipun dan gaaya tersebut amat sinonim dengan dirinya. Seiring dengan peningkatan usia, beliau kini ditawarkan watak sebagai ibu kepada pelakon utama.

Terdahulu Rozita atau lebih mesra di sapa Che Ta ini mendirikan rumahtangga dengan pelakon Zain Saidin dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana. Che Ta juga sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki hasil perkahwinan sebelum ini.

Che Ta tidak ketinggalan kembali berlakon setelah diberikan kelonggaran sempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diisytiharkan kerajaan baru-baru. Beliau yang sememangnya aktif di media sosial ini telah berkongsi beberapa keping gambar menerusi Instagram buat tatapan para peminat.

Menerusi instagramnya, beliau berkongsi sekeping gambar beliau bersama penyanyi Nabila Razali dimana beliau dan penyanyi lagu Peluang Kedua itu bergandingan sebagai ibu dan anak dalam sebuah drama.

Gambar yang memaparkan Che Ta duduk bersebelahan Nabila yang ketika itu memakai persalinan baju pengantin telahpun mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut Che Ta di Instagram.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa mak pengantin iaitu Che Ta lebih layak bergelar pengantin berbanding Nabila Razali. Gaaya Che Ta yang memang suka melaram membuatkan dirinya  sentiasa kelihatan awet muda dan juga mempunyai tarikan aura yang tersendiri sehingga tenggelam kelibat Nabila Razali yang duduk bersebelahan Che Ta.

Nama Che Ta ni sememangnya sudah berada di peringkat yang agak tinggi dalam industri terutama sekali bila bab berpakaian dan juga berfesyen.

Beliau sememangnya sangat menonjol sekiranya bergambar dengan sesiapa jua. Agak sukar untuk menyerlah sekiranya bergambar dengan Che Ta ni. Betul tak?

Sumber: Instagram rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.