Uncategorized

“Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek”

Maya Karin antara pelakon yang cukup hebat dalam industri seni tanah air lebih-lebih lagi apabila pelakon cantik ini sendiri berjaya membawa watak hantu pontianak yang pernah popular satu ketika dahulu menerusi filem P0ntianak Harum Sundal Malam. Kini, Maya lebih bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan antara salah seorang aktivis alam sekitar. Bagusnya Maya.

Dalam menyibukkan diri dengan aktiviti sukarelawan, Maya masih menjadi perhatian ramai di laman media sosial. Baru-baru ini, gambar Maya telah tular selepas kapsyen salah seorang netizen pada gambar Maya tersebut menarik perhatian netizen.

Netizen menerusi akaun twitternya Amran_fans berkongsi gambar Maya yang kelihatan berada di dapur beserta kapsyen ‘Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek’.

Walaupun Maya yang asalnya berdrah kacukan sedikit pun tidak kekok untuk masuk ke dapur menerusi gambar yang dikongsi netizen itu. Malah, rata-rata netizen sempat ‘mengusik’ maya di ruangan komen.

“Siang mmg lah jejak mozek tu , cuba tengok dia time Malam , jejak pun tidak”- netizen

“Hanya yg bertuah sahaja pernah lihat kaki beliau tak jejak tanah”-netizen

“Terkejut la jugak selalunya dia ni terbang jer tiba-tiba pijak tanah lantai dapur pula tu”- netizen

Sementara itu, tweet yg memuatnaik gambar Maya telah menerima ulang kicau sebanyak 9,000 dan 11,000 tanda suka.

Pelbagai reaksi yang ditunjuk oleh warga netizen pada ruangan komen dan Maya jugak tidak ketinggalan berkongsi gambarnya yang tidak berkaki hasil suntingan salah seorang netizen.

Macam-macam yaa netizen ni, pndai mengusik Maya Karin hehehe. Apa-apa pun, Maya Karin tetap hntu paling cantik sekali di Malaysia.

Sumber: twitter Amranfans

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.