Uncategorized

“Aafiyah jeles sbb Abg Kpop tak nak lepaskan ibunya”

Kehadiran Aafiyah telahpun mengubah kehidupan penyanyi nombor 1 negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Aafiyah yang kini semakin membesar dan meniti usia dua tahun semakin bijak dan juga petah berkata-kata. Para peminat Tokti juga sering kali berkongsi mengenai aksi-aksi menarik daripada Tokti dan Aafiyah. Aksi mencuit hati antara Tokti dan puterinya ini memang sangat menghiburkan kerana telatah Aafiyah yang sangat comel.

Rentetan video mengelap cermin yang dinamakan Wipe Up Challenge tular di media sosial, Tokti dan Aafiyah baru-baru ini turut mengambil bahagian membuat Wipe Up Challenge di Tiktok dimana Tokti terlebih dahulu mengelap cermin dan bertukar menjadi Aafiyah. Video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian para netizen yang berpendapat aksi dua beranak tersebut sangat comel dan juga kreatif.

Tokti juga masih aktif dengan kerjaya seni beliau dan baru sahaja mengeluarkan album terbaru yang berjudul ManifestaSITI2020. Seiring dengan peningkatan usia, Tokti kini semakin aktif berbasikal.

Beliau dan Dato Seri Khalid sering memuatnaik aktiviti berbasikal bersama kawan-kawan melalui Instagram beliau.

Terbaru menerusi instagram peminat Tokti  kongsikan sebuah video pendek yang diambil daripada tiktok milik penyanyi kesayangan mereka dimana di dalam video tersebut memaparkan Tokti sedang menggunakan filter menerusi applikasi ditelefon bimbit.

Filter tersebut menunjukkan seorang lelaki “memeluknya” daripada belakang dan Tokti meminta Aafiyah untuk membantunya. Aafiyah melihat keadaan itu lantas sekuat hati menarik tangan ibunya supaya dilepaskan daripada “pel0kan” lelaki terbabit.

Aksi dua beranak itu cukup mencuit hati para peminat. Mereka juga kagum dan terharu dengan naluri serta sikap Aafiyah yang masih kecil namun mengerti mengenai bahaaya dan mahu menyelamatkan ibunya daripada “lelaki” yang ibunya tidak kenali walaupun itu hanyalah “filter” yang digunakan menerusi telefon bimbit sahaja.

Bagusnya Aafiyah ni. Sejuk perut Tokti mengandungkan Aafiyah. Sayang betul Aafiyah dengan ibunya itu. Sebagaimana namanya Aafiyah yang membawa maksud menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa. Begitu jugalah kehadiran Aafiyah dalam kehidupan Tokti sekeluarga.

Sumber: Instagram ctdk.my

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.