Hiburan

“Kalau dia tak bgtahu dapur terbakar, tak beraya la kami” – Zizie Izette

Seorang ibu yang sangat penyayang. Begitulah yang boleh di gambarkan mengenai sikap kakak kepada pelakon lelaki popular Shaheizy Sam iaitu Zizie Izette. Zizie yang juga merupakan seorang pelakon kini telah memperlahankan langkah beliau dalam bidang seni setelah mendirikan rumahtangga bersama Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin kerana ingin memberikan tumpuan buat anak dan keluarga.

Pasaangan ini mempunyai sepasang anak kembar lelaki berusia tiga tahun serta seorang anak perempuan yang kini berusia hampir setahun. Mereka juga mengambil dua orang anak angkat iaitu seorang anak lelaki berusia dua tahun dan seorang anak perempuan berusia 4 tahun.

Kelima-lima orang anak Zizie kelihatan sangat rapat dengan dirinya. Malahan akaun Instagram Zizie juga dipenuhi dengan gambar aktiviti Zizie bersama anak-anak.

Memuatnaik sebuah video di instagram, Zizie berkongsikan mengenai kejadian yang berlaku di rumah beliau pada sambutan hari raya aidiladha hari ini. Seorang anak angkat beliau yang bernama Aaric Zayn memaklumkan mengenai dapur yang terbakar.

Setelah di selidik, kejadian disebabkan salah seorang pembantunya yang terlupa untuk menutup dapur gas.  Beliau meluahkan rasa syukur kerana jika tanpa pemakluman daripada anaknya itu, kemungkinan mereka tidak dapat beraya hari ini.

Netizen kagum dengan sikap anak-anak Zizie. Didikan dan asuhan yang beliau terapkan buat anak beliau itu membuatkan anak-anaknya membesar dengan penuh rasa tanggungjawab dan juga mampu membuat tindakan yang bijak walaupun masih lagi kecil. Zizie juga melayani anak-anak beliau secara sama rata dan tiada pilih kasih antara anak kandung mahupun anak angkat.

Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Gelak tawa mereka ini lah yang boleh menjadi pengubat hati. Sudah sewajarnya tidak harus ada sebarang perbezaan layanan antara anak angkat mahupun anak kandung kerana setiap daripada mereka juga akan membawa rahmat dan rezeki tersendiri daripada Allah.

Sumber: Instagram zizieizette

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.