Hiburan

“Baru lahir dah hensem”, Isteri Shukri Yahaya dedah wajah terbaru anak, kacak habis namanya

Pada 20 Julai yang lalu Shukri Yahaya telah mengumumkan berita gembira mengenai kelahiran anak keduanya di media sosial. Untuk kelahiran kali kedua, pasngan ini telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubaatan. Shukri Yahaya turut meluahkan rasa syukur dan ucapan terima kasih buat semua yang telah mendoakan isteri dan anaknya.

Terdahulu, pelakon drama 7 hari mencintaimu iaitu Shukri Yahaya mendirikan rumahtangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015. Mereka telah mempunyai seorang anak sulung perempuan yang bernama Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.

Rentetan daripada posting tersebut juga, melalui Insta Story di laman instagram miliknya Shukri Yahaya turut berkongsi cara beliau membersihkan dan menanam uri anaknya itu.

Melalui muatnaik terbaru, setelah hampir seminggu melahirkan anak keduanya Isteri kepada Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan berkongsi wajah anak lelakinya itu buat tatapan para pengikut beliau di Instagram. Tya juga mengumumkan bahawa mereka sepakat memberikan nama bayi lelakinya itu sebagai Maleeq Miqayl.

Menariknya menurut Tya lagi untuk kelahiran kali kedua ini, anak lelakinya itu membuat gimik semasa di dalam bilik bersalin sehingga doktor merasa cuak. Tya juga berkata beliau akan kongsikan cerita tersebut pada entri yang berikutnya.

Rata-rata netizen memuji wajah anak lelaki mereka itu sangat comel dan juga mengatakan wajah anaknya itu sangat seiras dengan wajah Tya Adnan.

Alhamdulillah kini pasngan sama cantik sama padan ini telahpun mendapat sepsang anak perempuan dan anak lelaki. Tahniah diucapkan sekali lagi buat pasngan ini.

Sumber: Instagram tyaadnan

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.