Hiburan

“Jgn buat menantu mcm Mak Leha buat Mia” – Netizen

Pelakon popular era 1980-an, Liza Abdullah menerima menantu apabila anak perempuannya, Nurnaffiz Syahiddah Zolkefli, 27, mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Syahidan Rosli, Jumaat lalu. Liza atau nama sebenar beliau Norliza Abdullah mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setaan bersama Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 1985.

Walaupun sudah berpisah, pelakon Liza Abdullah masih lagi berhubung baik dengan bekas suami. Malahan hubungan tersebut terserlah ketika meraikan perkahwinan anak mereka baru-baru ini.

Terdahulu perkahwinannya itu dikurniakan 4 orang anak. 3 lelaki dan seorang perempuan. Kata Liza lagi, beliau dan bekas suami mementingkan kebahagiaan anak-anak dan mereka hanya mahukan yang terbaik buat anak mereka demi meraikan hari bahagia buat anak perempuannya itu.

Di majlis perkahwinan berkenaan, Liza tidak dapat menyembunyikan rasa sebak. Beliau juga terkilan kerana tidak dapat menjemput lebih ramai kenalan kerana mengadakan majlis tersebut dimusim C0v1d19.

Kata beliau lagi memang ada yang terasa hati kerana tidak diundang. Bagaimanapun Liza berharap semua dapat memahami keadaan beliau dan situasi yang sedang melanda negara kini.

Berkongsi perasaan pertama kali mendapat menantu beliau berkata dirinya berasa teruja dan juga gembira. Menurut Liza lagi perancangan awal adalah untuk mengadakan majlis tersebut di dewan besar dan meriah. Namun segalanya menjadi kucar kacir kerana keadaan negara yang diuji dengan pandemik C0v1d19 dan tidak dapat menjemput lebih ramai kenalan.

View this post on Instagram

👉Wedding Anak Lizza Abdullah👈 . . Assalamualaikum Semua👐 . . Hari Ini MerupaKan Hari Pernikahan Anak Perempuan Lizza Abdullah DiMana Semua Tahu Pada Musim Sekarang Kita Masih Lagi Dalam Kes Kes Pandamik Covid19 Yang Masih Melanda Kita Semua🙌 . . 🙏 Kepada Kalian Ada Yang Tidak Jemput Dan SebagaiNya… Doa Yang Baik Baik… Inshaallah HasilNya Terbaik.. Semoga DiPermudahKan SegalaNya Buat Anak Ibu @naffizzolkefli Pada Hari Yang Berbahagia Ini…Aamiin🤲 . . Sayang Semua💕 Pernikahan Anak Perempuan Lizza Abdullah (Jumaat 24/7/2020) . . #ArtistMalaysia #MalaysiaArtist #ArtistMalaysiaOfficial #Malaysia #MalaysiaOfficial #Actor #ActorMalaysia #Pelakon #PelakonMalaysia #PelakonMalaysiaOfficial #Lizza #LizzaAbdullah #LizzaAbdullahFC #LizzaAbdullahSuperFans #LizzaAbdullahFansClub #LizzaAbdullahOfficial #RealFCLizzaAbdullah @lizza_abdullah

A post shared by 😗lizza abdullah💖 (@lizzaabdullah_fc) on

Liza masih lagi aktif berlakon. Malahan watak beliau dalam drama 7 hari mencintaiku iaitu sebagai Mak Leha kembali mencuri tumpuan dek kerana karakter beliau sebagai mertua yang tidak menyukai menantu begitu menjadi dan sangat mngalkan kesan kepada penonton.

Rentetan itu ramai yang mngalkan komen mengaitkan dirinya yang baru sahaja menerima menantu dengan watak beliau dalam drama tersebut.

Apabila pelakon veteran menjiwai watak pastinya akan tinggalkan impak yang besar dan menjadi bualan hangat netizen. Begitu besar bakat Liza Abdullah ni. Tahniah kerana telah menerima menantu sulung.  Harapnya karakter beliau itu tidak terbawa-bawa ketika melayani menantunya nanti.

Sumber: Instagram lizzaabdullah_fc

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.