Uncategorized

“Yamani mcm nak stay dgn bayang2 ayah dia, lama2 peminat naik meluat” – Netizen

Big Stage ialah program yang mengumpulkan bakat muda yang sebelum ini hanya dikenali menerusi saluran media sosial dan di bawa ke sebuah pentas yang lebih besar untuk membuat persembahan. Bersiaran untuk musim ketiga, Big Stage pada musim ini menampilkan 3 orang ikon yang menjadi juri tetap iaitu Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah.

Salah seorang perserta program tersebut iaitu Yamani Abdillah merupakan anak kepada penyanyi lagenda tanah air Datuk Jamal Abdillah. Peluang untuk menyertai program Big Stage ini telah membuka mata orang ramai terhadap bakat yang dimiliki oleh anak kepada Datuk Jamal ini.

Kemerduan dan lenggok suara Yamani saling tak tumpah seperti Datuk Jamal ketika menyanyi apatah lagi sekiranya menyanyikan lagu milik Datuk Jamal sendiri.

Untuk konsert minggu ketiga yang menampilkan tema duet, Yamani telah berduet dengan anak kepada penyanyi arwh Salem Iklim iaitu Syafiq Farhain.

Walaupun nyanyian Yamani tidak mempunyai masalah, namun persembahan beliau saling tidak tumpah seperti menyaksikan persembahan nyanyian oleh Datuk Jamal.

Bagaimanapun kualiti tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperluukan dalam pertandingan nyanyian apabila Yamani dikatakan tidak berusaha untuk keluar daripada dibayangi suara Datuk Jamal dan tidak menonjolkan personaliti beliau sendiri.

Perkara tersebut diulas sendiri oleh juri tetap program itu iaitu Faizal Tahir yang tidak mahu lagi Yamani dibayangi oleh Datuk Jamal pada masa akan datang dan meminta Yamani untuk mencari identiti beliau sendiri.

Rata-rata ramai yang bersetuju dengan komen Faizal Tahir berkenaan. Netizen juga merasakan bahawa Yamani membawa nama Datuk Jamal kemana sahaja beliau pergi dan terlalu bercakap mengenai bapanya berbanding diri beliau sendiri.

Mungkin sudah tiba masanya Yamani keluar daripada kepompong dan cuba melakar kejayaan beliau dengan membina namanya sendiri.

Diharapkan supaya Yamani mengambil kritikan daripada orang ramai ini sebagai pembakar semangat dan cabaran untuk beliau terus memperbaiki dirinya pada masa akan datang.

Sumber: instagram astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.