Uncategorized

“Kak Lina mmg cantik comel je, nmpak muda dari suami”

Siapa tidak kenal Elly Mazlein, pelakon popular yang terkenal dengan manjanya dan lawak bersahaja. Elly Mazlein yang tampak semakin hari semakin berbahagia bersama suami tersayang, Cikgu Azlan di samping anaknya Sarah Sephia. Ramai yang memuji Cikgu Azlan yang melayan anak tirinya seperti anaknya sendiri. Seperti yang ramai ketahui, Elly Mazlein akan menutup wajah anaknya bila memuat naik gambar di laman sosialnya.

Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Beliau melindungi hak peribadi anaknya dengan tidak mendedahkan wajah anaknya itu untuk tatapan umum.

Menyingkap perkembangan terkini Kak Lina, beliau kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kampung People bagi musim kedua. Watak yang dibawa beliau iaitu watak sebagai Minah Selamat kini begitu sinonim dengan diri beliau serta menerima sambutan yang baik oleh para penonton.

Bersempena perayaan Hari Raya Aidiladha, Kak Lina memuatnaik gambar beliau sekeluarga di Instagram dengan ucapan Selamat Hari Raya buat para pengikut beliau di media sosial. Menariknya, gambar anaknya di tutup dengan emoji berbentuk hati dan ramai yang memuji penampilan Kak Lina di hari raya.

Memberikan maklum balas terhadap gambar yang dikongsikan oleh Kak Lina itu, para pengikut beliau turut memberikan ucapan selamat hari raya buat Kak Lina.

Seorang individu mngalkan komen memuji tindakan Kak Lina dengan tidak mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum. Individu tersebut juga berkata apa yang dilakukan oleh Kak Lina ada tindakan yang betul bagi menjaga keselamatan anaknya daripada perkara tidak diingini.

Selain itu, walaupun Kak Lina lebih tua dari suami tapi rata- rata netizen memuji mereka kelihatan sebaya, serasi dan ada yg memuji Kak Lina tampak lebih muda dari suami.

Setiap ibu bapa mempunyai cara mereka yang tersendiri demi menjaga keselamatan dan melindungi anak-anak. Tambahan pula sekiranya ibu atau bapa merupakan seorang yang amat dikenali ramai. Risiko adalah lebih tinggi untuk mereka. Tahniah Kak Lina kerana telah mengambil langkah yang wajar demi anaknya itu.

Sumber: Instagram iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.