Hiburan

Mengidam shopping, Dr Halina kantoi sorok baju baby baru beli dlm laci

Baru-baru ini Dr Sheikh telah berkongsi berita gembira bahawa pasngan kembar yang bakal lahir adalah pasngan kembar lelaki dan perempuan. Tekaan netizen sebelum ini benar-benar menjadi kenyataan apabila kebanyakkan mereka berdoa supaya Dr Sheikh dikurniakan pasngan kembar lelaki dan perempuan. Menurut Dr Sheikh lagi, tarikh jangkaan Dr Halina bersalin adalah sekitar bulan Disember tahun ini.

Nampaknya pasngan kembar ini bakal melengkapkan pasngan jantina adik beradik mereka. Jika sebelum ini Dato Sheikh Muzaphar sudah mempunyai 2 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Kelahiran pasngan kembar lelaki dan perempuan ini akan menyamakan bilangan jantina adik beradik mereka menjadi 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Memang adil dan saksama.

Terdahulu, Dr Sheikh telah mendirikan rumahtangga bersama Dr Halina pada 10 Oktober 2010 setelah melengkapkan misi ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007. Dr Sheikh menyertai program dibawah perjanjian bersama Russia menerusi program angkasawan dan kembali ke bumi setelah 9 hari di angkasa lepas.

Merasakan perjalanan kehamilan Dr Halina masih lagi jauh, Dr Sheikh mendedahkan Dr Halina telah kantoi apabila beliau menjumpai beberapa pasang baju bayi yang dibeli oleh Dr Halina tanpa pengetahuan beliau tersimpan di dalam laci dirumahnya.

Dr Sheikh turut bertanya kepada para pengikut beliau adakah kelakuan Dr Halina tersebut dikira sebagai mengidam?

Dr Halina turut memberikan respon beliau terhadap entri Dr Sheikh itu telah memberikan amaran supaya Dr Sheikh tidak lagi cuba membuka laci yang lain di dalam rumah.

Para pengikut akaun Instagram beliau terhibur dengan gelagat suami isteri itu. Ramai berkata bahawa memang begitulah naluri seorang ibu yang semestinya mahukan yang terbaik buat anaknya. Keterujaan menyambut pasngan kembar lelaki dan perempuan ini mungkin akan lebih dirasai.

Dr Halina pun sepertimana ibu-ibu yang lain sudah pasti ingin membeli belah barangan bayi buat pasngan kembarnya itu. Walaupun perjalanan kehamilan masih jauh lagi, namun tidak salahkan untuk membuat persediaan lebih awal kan?

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.