Hiburan

“Aku redha je lah sbb sayang anak”- Zarina Anjoulie

Seorang ibu itu sanggup membuat apa sahaja demi kebahagiaan anaknya. Insan yang bernama ibu inilah yang sanggup berkorban kudrat dan jiwa demi melihat anaknya berjaya dalam kehidupan mereka. Ibulah yang harus kita sanjungi walaupun satu hari nanti kita sudah bertemu kek4sih sehidup semati. Tanpa ibu, siapa kita di muka bumi ini.

Begitulah yg boleh digambarkan sifat seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya tersenyum. Lebih-lebih lagi anak yang baru membesar, ibu tidak kisah untuk mememenuhi jmkehendak anaknya janji anaknya pelajari sesuatu dari apa yang dikehendakinya. Seperti kita tahu, pelakon dan model, Zarina Anjoulie, sangat menyayangi anaknya dan selalu melayan kerenah anaknya yang semakin membesar dan bijak itu.

Anak mana yang tidak ada sifat ingin tahu. Lebih-lebih umur sekecil Martin. Pasti umur sekecil itu punyai banyak akal fikiran dan punyai otak yang sedang berkembang pesat untuk pelajari sesuatu. Baru-baru ini, Zarina Anjoulie berkongsi sebuah video dimana beliau terpaksa membawa anak ayam masuk ke dalam rumah dan tidur bersama mereka.

Dilihat didalam video tersebut, riak muka Zarina Anjoulie sangat pasrah apabila harus memenuhi kehendak anaknya itu. Kelihatan anak ayam itu juga berdecip ke wajah Zarina Anjoulie.

“Aku redha je lah sebab sayang anak” kata Zarina Anjoulie di dalam kapsyen video tersebut.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat dua beranak ini dan ramai mengatakan riak wajah Zarina Anjoulie sangat lucu. Ada juga yang mengatakan mereka sangat suka melihat kehidupan Martin yang tidak bersama gadjet seperti budak-budak bandar.

Itulah pengorbanan ibu yang kita boleh lihat pada Zarina Anjoulie. Mungkin kita nampak ia hanya sekecil zarah sahaja pengorbanan yang dilakukan Zarina, tetapi ianya adalah besar bagi anaknya, Martin.

sumber : ig anjoulielavocah1

Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.