Hiburan

“Siapa pernah tengok kayu berlakon” – Awal Ashaari

Awal Ashaari atau pemilik nama sebenar Ahmad Awaluddin bin Ashaari ini merupakan seorang pelakon, model dan pengacara terkenal di Malaysia. Mendirikan rumah tangga bersama Scha Al-Yahya pada tahun 2012, Awal mempunyai seorang anak bernama Lara Alana yang kini berusia 5 tahun. Awal mula dikenali menerusi drama Cinta Medik dan Impak Maksima namun keserasian Awal dengan dunia pengacaraan mula terserlah apabila mengacarakan program realiti televisyen One in A Million. Sejak itu Awal seakan sudah mngalkan dunia lakonan dan hanya menumpukan kepada bidang pengacaraan sahaja.

Beliau juga yang kini mengacarakan program Melodi sejak 2012 amat komited dengan tugasnya bersama rakan pengacara Janna Nick. Program yang bersiaran setiap Ahad selama sejam itu sudah sebati dengan diri Awal. Walaupun pernah mngalkan program itu buat sementara, peninggalan Ajak Shiro membuka ruang buat Awal untuk kembali semula bersama program temubual tersebut pada tahun ini.

Mungkin merindui dunia lakonan, Awal yang pernah membintangi beberapa drama sebelum ini membuat sedikit throwback di akaun instagramnya dengan memuatnaik video drama Impian Ilyana serta kisah disebalik beliau berjaya mendapatkan watak tersebut.

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah yang dinamakan rezeki. Walaupun drama Impian Illyana hanya disiarkan selama 15 minit waktu itu, namun impak drama tersebut sangat kuat. Bermula dari situ Awal mendapat tawaran untuk membawakan watak sebagai hero dan mendapat kepercayaan pengarah untuk membawakan watak-watak utama seterusnya.

Throwback Awal melalui video drama Impian Illyana ini betul-betul mengimbau kenangan. Netizen yang mengikuti drama tersebut sebelum ini teruja berkongsi cerita bagaimana mereka jatuh cinta dengan watak Rizal yang dilakonkan oleh Awal. Rizal yang dilakonkan oleh Awal pada waktu itu digambarkan sebagai seorang yang sangat stylish dan playboy. Tak sangka sudah 16 tahun berlalu rupanya.

Ada yang mendoakan Awal agar kembali berlakon kerana mereka rindukan lakonan Awal. Tiada istilah kayu pun pada waktu itu. Jika Awal kembali berlakon watak apakah agaknya yang sesuai dengan karakter Daddy Lara Alana ini agaknya? Bolehlah Daddy Lara ni bawa Lara berlakon sekali kan.

Sumber : Instagram awalashaari

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.