Umum

“Semua komen pasal Nash, penat i buat gaya JLo tau” – Sazzy Falak

Sudah 23 hari rakyat Malaysia diperintahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan segelintir masyarakat sudah mula bosan berada dirumah. Pada hari yang biasa, duduk dirumah dianggap sebagai hari bersantai mereka. Namun apabila Perintah PKP telah dilaksanakan, ianya tidak mudah untuk segelintir individu untuk mengikuti arahan tersebut. Apa apapun, majoriti masyarakat Malaysia sangat memberi kerjasama yang padu dengan berada didalam rumah masing-masing dan menjaga jarak pergaulan semua.

Sesetengah artis tempatan juga kelihatan memberi kerjasama yang baik pada negara dengan memberi contoh yang baik pada netizen dengan berada dirumah. Seperti juga pelakon dan model terkenal, Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus yang lebih mesra dipanggil Nash.

Berada dirumah sememangnya mencabar mntal sesetengah individu kerana ramai antara kita adalah individu yang sudah biasa melakukan rutin diluar rumah. Begitu juga Sazzy Falak dan suami,mereka juga merasai kebosanan itu dan pasti hendak mencari keseronokan didalam rumah. Baru-baru ini, Sazzy dan suami telah membuat 1 vdieo dimana mereka berdua membuat hiburan untuk netizen.

View this post on Instagram

Great news. Wearing gloves is so IN FASHION RIGHT NOW . We have new Hand Sanitisers in, and GLOVES now too! As we use it often, the more soothing the better . To help ease your burden, and releases your inner “hips don’t lie” our partners have sourced face masks, sanitisers and gloves, all at our port in KL now . *HAND SANITISERS* Comes in 100ml and 500ml . ✅ The SaferCare Plus is Approved by ICAM. Beware the non approved ones! . ✅ Very smooth & doesn’t make your skin dry . ✅ Lavender smell is very appealing (no alcohol smell) . This is great for *Children, Corporates, Offices* . *NITRILE EXAMINATION GLOVES* . ✅ 1 box = 100 pcs = 50 pairs . ✅ Non powdered nitrile examination gloves . ✅ Export quality as this company exports to Germany . ✅ Ambidextrous . ✅ Thickness 3.5mm, Size M & L You can either choose to buy it in BULK or individually. Of course, the bigger the number, the cheaper the price is . Go to www.senangmarket.com and get yours. . Or click the link on my bio Use the code: SAZZY and get further 5% discount . Available for delivery (based on your location) and self pickup in KL. . Any inquiries whassap 010-9292511

A post shared by Sazzy Falak (@sazzyfalak) on

Dilihat di dalam laman instagram Sazzy Falak, beliau dan suami sedang mempromosikan sarung tangan getah dengan cara yang amat melucukan. Yang menarik perhatian netizen adalah apabila Nash memakai baju tidur Sazzy dan menari tarian yang agak kaku.

Ramai rakan artis seperti Ning Baizura, Azza Elite, Diana Danielle dan ramai lagi terhibur dan memberi komen positif pada mereka berdua.

Antara mereka berdua, Nash adalah orang yang paling diambil perhatian oleh rakan artis dan netizen dan membuatkan Sazzy Falak memberi komen balas secara gurauan kepada salah seorang netizen dengan mengatakan beliau tidak mendapat perhatian netizen dan letih cuba melakukan tarian JLo ketika membuat video tersebut.

Dalam tempoh kawalan pergerakan, segelintir masyarakat akan mencari perkara untuk dilakukan. Begitu juga Sazzy Falak dan suami juga membuat video tersebut untuk menghilangkan kebosanan dan menghiburkan para netizen di alam maya.

sumber : ig sazzyfalak

Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.