Hiburan

“Wah Urwa tunjuk gelang baru eh” – Netizen

Anak adalah anugerah terindah kepada semua psangan suami isteri. Pengikat kasih sayang sesebuah keluarga. Pasti kehadiran si kecil akan lebih menyerikan lagi kehidupan setiap psangan suami isteri. Psangan sweet Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa baru sahaja di kurniakan cahaya mata perempuan yang di beri nama Arwa Malaikha Urwa yang sekarang baru berusia satu bulan 3 hari.

Ardel yang masih di dalam pantang masih tidak memuat naik sebarang status di ruangan instagramnya mungkin masih dalam keadaan ingin berehat.

Melalui perkongsian dari instagram Urwa, mereka memuat naik gambar Urwa dan memyatakan yang Urwa semakin sihat.

Video yang tertumpu kepada bahagian tangan Urwa cukup membuatkan ramai yang tidak sabar ingin melihat wajah terbaru Urwa.

Menerusi video tersebut, nampak jelas perhiasan gelang emas yang menghiasi pergelangan Urwa. Wah bertambah seri apabila si kecil memakai emas.

Siapa tidak tertarik dengan si kecil ini, ibunya sangat cantik putih melepak ayahnya pula handsome sudah pasti baby Urwa sangat comel dan putih melepak persis ibunya.

Beberapa hari lepas, Nadzmi sempat memuat naik satu video sepanjang isterinya Ardel mengandung. Menurut Nadzmi beberapa kali juga Ardel pegsan kerana terlalu penat ketika mengandung. Dia sebagai suami sangat kagum dhn Ardel dari mula mula mengandung sehinggalah detik melahirkan puterinya itu.

Sesungguhnya pengorbanan seorang isteri dan ibu sangat besar, bertuah Ardel memiliki suami sebaik Nadzmi yang sentiasa menjaga dan menghargainya. Semoga rumahtangga mereka sentiasa bahagia kekal hingga ke syurga.

Sumber : Ig babyadhwardell

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.