Hiburan

“Harini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty Lofa” – Tokti

Kalau sudah bergelar seorang selebriti hiburan, memang tidak dapat lari lagi dari sambutan peminat-peminat yang meminati seseorang artis tersebut. Jika sebelum ini viral kanak-kanak kecil yang sangat mirip dengan pengacara dan model cantik Noor Neelofa binti Mohd Noor yang juga diakui oleh ibu bapanya sangat meminati Neelofa. Tetapi rupa-rupanya dalam diam Neelofa juga diminati oleh puteri sulung Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.

Aura dan pesona Neelofa memang tidak dapat dinafikan lagi. Bakat dan anugerah kecantikan yang dimilikinya telah membawa namanya hingga ke peringkat antarabangsa dalam permodelan mahupun perniagaan. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak kecil seperti Siti Aafiyah yang baru berumur dua tahun itu pun sudah tahu teruja berjumpa selebriti terkenal yang seorang ini.

Video yang telah dimuatnaik oleh Dato’ Siti di laman Instagramnya telah menarik tumpuan para netizen yang sentiasa terhibur dengan gelagat lucu dan comel dari Siti Aafiyah. Mengeluarkan caption bahawa dia terkedu dengan sikap anaknya yang begitu teruja berjumpa dengan Neeofa ketika berkunjung ke rumah beliau itu telah dibanjiri komen-komen dari para netizen.

Tidak cukup dengan menarik tangan Neelofa untuk ke ruang tamu, Aafiyah juga terlihat bijak mengajak Neelofa untuk bersembang sama di tempat duduk. Gelagatnya itu turut membuat para netizen terhibur dan senang dengan sikapnya yang seperti orang dewasa dengan mengajak tetamu untuk berborak santai di ruang tamu. Memang didikan baik dari Tokti dan Dato’ Khalid dalam membesarkan Aafiyah tidak dapat disangkal lagi sesuai dengan sikap ibunya yang memang terkenal sebagai seorang yang ramah, lemah-lembut dan sopan

Neelofa juga memuji sikap Aafiyah yang juga turut menegur tetamu lain yang berkunjung ke rumahnya dengan mengatakan bahawa dia sangat ramah dengan orang lain. Ramai juga yang tertanya-tanya, agak-agak apalah yang nak disembangkan Aafiyah dengan Aunty Lofa sampai excited sangat tu ya.

“Aafiyah macam ibu dia. Baik dan peramah” – Netizen

Lepas ni boleh lah Aafiyah ajak Aunty Lofa selalu datang ke rumah minum petang sambil bergossip kan. Bila Aunty Lofa datang, ibu pun dah tak laku dah. Aafiyah tak tahu agaknya ibu dia lagi banyak peminat. Semoga Aafiyah dapat membesar dengan sihat dan lebih bijak lagi supaya dapat hiburkan netizen dengan gelagat comel dan lucu.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.