Hiburan

“U simpan I dalam hati tak” – Syazwan Zulkifly

Pada hari isnin yang lalu berakhirlah drama yang begitu menjadi fenonema kepada rakyat Malaysia iaitu drama 7 Hari Mencintaiku 2. Penangan watak Mak Leha, Mia, Khuzairi dan juga Nurul Ain yang begitu besar membuatkan nama-nama mereka sehingga kini masih lagi meniti di bibir para peminat. Malahan penampilan Buntat turut menambah seri episod terakhir drama tersebut.

Impak drama tersebut turut dirasai oleh gandingan pelakon Wan Sharmila dan juga Syazwan Zulkifli yang menjadi antara tumpuan kerana keserasian lakonan antara mereka berdua.

Watak Wan Sharmila sebagai Sofi dan juga Syazwan sebagai Helmi di dalam drama tersebut cukup sepadan sehingga membuatkan para peminat mahukan mereka berdua benar-benar menjalin hubungan di dunia realiti.

Bersempena episod terakhir drama 7 hari mencintaiku, Wan Sharmila memuatnaik entri terkini meminta supaya para peminat menyimpan memori mereka terhadap watak Sofi dan Helmi di dalam hati mereka.

Bagaimanapun entri tersebut mencuri perhatian apabila Syazwan juga mngalkan komen bertanya samaada Wan Sharmila menyimpan beliau di dalam hati atau tidak. Wan Sharmila yang lebih mesra di sapa Lala membalas komen tersebut dengan jawapan ringkas “Simpan”.

Rata-rata netizen begitu teruja melihat mereka berdua saling berbalas komen dan mendoakan agar hubungan yang terjalin itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Mudah-mudahan doa para peminat semua termakbul untuk melihat mereka berdua bersatu. Sama-sama doakan.

Sumber: Instagram lala.wansharmila

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.