Uncategorized

Suara persis Siti Nurhaliza, ramai tak jadi benci Nurul Ain

Populariti drama 7 Hari mencintaiku 2 membuatkan drama tersebut menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet sejak akhir-akhir ini. Rentetan pelbagai knflik yang berlaku di dalam drama tersebut beberapa orang pelakon serta nama baru dalam dunia lakonan juga sudah semakin dikenali. Semakin diperkatakan juga, ialah pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Wafariena yang melakonkan watak sebagai Nurul Ain.

Wafariena mendapat perhatian yang sangat meluas dek kerana penangan watak yang dibawa beliau sebagai perempuan yang cuba merosakkan rumahtangga Khuzairi lakonan Syukri Yahaya dan juga Mia lakonan Siti Saleha.

Namun begitu, hikmahnya watak antagonis yang dibawa oleh beliau sebagai Nurul Ain itu telah membuatkan ramai yang ingin mengenali sisi peribadi pelakon kelahiran pulau pinang ini dengan lebih dekat.

Kemaskini di laman media sosial beliau, Wafa telah berkongsi video dimana beliau menjadi tetamu jemputan untuk slot pagi Hot FM kendalian Syuk, Shuuib dan juga Fizi.

Beliau yang juga berbakat dalam bidang nyanyian telahpun diminta untuk menyanyikan lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku iaitu lagu nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza yang berjudul Aku Bidadari Syurgamu.

Ramai memuji suara Wafa yang lunak seiring dengan wajahnya yang cantik sehingga ada netizen yang menyamakan suaranya mirip penyanyi asal lagu tersebut.

Walaupun drama tersebut semakin hampir dengan penghujung namun penangan watak Nurul Ain sangat besar sehingga membuatkan para netizen masih mengaitkan nama beliau dengan watak dalam drama tersebut.

Masih jauh perjalanan Wafa dalam industri hiburan. Mudah-mudahan kehadiran Wafa dalam dunia seni Β mampu mencorakkan lagi warna dunia hiburan dgn bakat beliau.

Sumber: Instagram wafarienaroslan

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.