Hiburan

Tudung mak-mak, janji tutup – Zila Bakarin

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, banyak berita mengenai artis wanita telahpun berhijrah. Antaranya ialah Ernie Zakri, Kila Fairy dan Cik Manggis De Fam. Artis yang terkenal dengan gaaya sksi suatu ketika dahulu iaitu Zila Bakarin kini juga sudahpun berhijrah. Zila atau nama sebenar beliau Rosmawati Bakarin berkata keinginan beliau untuk berhijab adalah secara sukarela.

Menerusi Instagram peribadi beliau, beliau dilihat mula memuatnaik gambar memakai tudung sekitar bulan November 2019 dan telah pun mengumumkan mengenai perkara tersebut sejak awal tahun ini.

Sebagai pelakon juga, pelbagai watak telah dibawakan oleh Zila. Menurut beliau juga bertitik tolak daripada berlakon dan memegang watak bertudung menyebabkan beliau membuka hati beliau untuk berhijab.

Tular baru-baru ini mengenai pendedahan Zila bahawa perasaan untuk berhijab itu terdetik ketika beliau ingin mengambil anaknya di sekolah. Menurut Zila, beliau terasa seperti tiada seurat benang dibadan sedangkan ketika itu beliau memakai sweater dan seluar jeans. Beliau merasa sejuk dan terus masuk ke dalam rumah untuk mengambil selendang.

Muatnaik terkini sekeping gambar di instagram, beliau berkata dirinya tidak pandai untuk menggaayakan tudung. Melilit tudung merupakan masalah besar buat beliau. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk mengenakan tudung tanpa lilit dan membuat caption dimana tidak mengapa mengenakan tudung mak-mak asalkan menutup aurat.

Rata-rata netizen memuji penampilan beliau yang kelihatan semakin muda dan jelita dengan memakai tudung mak-mak itu. Kebanyakan netizen juga berkongsi pengalaman serupa tidak pandai untuk melilit tudung dan mereka juga selesa dengan memakai tudung mak-mak.

Zila turut berkata bahawa beliau merasa sangat selamat ketika keluar rumah setelah menukar penampilan beliau kepada berhijab dan berpakaian dengan lebih sopan. Mudah-mudahan beliau terus istiqamah dan kekal dengan imej tersebut.

Sumber: Instagram zilabakarinofficial

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.