Hiburan

Hari pertama pembukaan Elews Mart, ramai serbu beli barang murah

Nama Ustaz Ebit Lew sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Beliau yang pada awalnya bergerak sebagai penceramah bebas memberikan ceramah agama menjadi tumpuan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak Mac lalu kerana bergiat aktif memberikan sumbangan buat golongan yang terjejas akibat PKP.

Ustaz Ebit mempunyai sikap yang sangat penyabar, bersopan santun dan sangat lembut dalam berbicara. Beliau juga terlibat sebagai penceramah dalam beberapa seminar keluarga sunnah yang dijalankan oleh syarikat beliau sendiri sebelum ini.

Kali ini beliau melebarkan sayap dalam bidang perniagaan membuka beberapa cawangan kedai runcit dengan harga murah demi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Sebelum ini tular mengenai berita pembukaan kedai runcit Ustaz Ebit yang menawarkan harga murah buat pengunjungnya. Hasrat beliau itu disuarakan setelah melihat golongan yang kurang berkemampuan sukar untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan seharian terutamanya ketika PKP tempoh hari.

Ustaz Ebit memuatnaik video terkini menerusi Instagram peribadi beliau memaparkan orang ramai beratur panjang untuk mengunjungi kedai runcit beliau itu. Ustaz Ebit melahirkan rasa syukur dan terharu melihatkan sambutan menggalakkan yang beliau terima sempena pembukaan cawangan pertama beliau hari ini.

Kunjungan orang ramai itu juga adalah sebagai tanda sokongan buat Ustaz Ebit yang bergiat aktif dalam melakukan kerja amal dan seringkali turun padang untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Menurut Ustaz Ebit, cawangan pertama yang dibuka pada 18 Julai adalah di Bandar Baru Bangi diikuti esoknya 19 Julai di Cawangan Kajang.

Rata-rata netizen mendoakan supaya rezeki Ustaz Ebit melimpah ruah dan berlipat kali ganda demi menjalankan aktiviti kebajikan beliau. Sifat mulia diri Ustaz Ebit yang sering membantu orang lain membuatkan ramai yang menyenangi keperibadian Ustaz Ebit.

Mudah-mudahan semoga perniagaan Ustaz Ebit terus maju dan di limpahi rahmat oleh Allah hendaknya. Buat yang tinggal berdekatan bolehlah mengambil kesempatan sempena pembukaan kedai runcit Ustaz Ebit itu untuk membeli barangan keperluan harian di samping menunjukkan sokongan buat perniagaan Ustaz Ebit.

Sumber: Instagram ebitlew

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.