Hiburan

Tahniah, Eyra Hazali selamat bersalin, terima kahadiran bayi lelaki

Eyra Hazali merupakan seorang pelakon yang telah mula menceburi bidang lakonan sejak daripada zaman kanak-kanak lagi. Ayah beliau iaitu Hazali Ramli merupakan seorang pengarah drama terkenal. Beliau sememangnya mempunyai latar belakang seni dalam keluarga. Drah seni yang mengalir dalam dirinya telah diwarisi daripada bapanya sendiri. Selain daripada bapa, adik beradik beliau yang lain juga turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai pelakon.

Eyra seterusnya membuat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang dengan mendirikan rumahtangga bersama seorang pemain bola sepak dan juga penjaga gol iaitu Haziq Nadzli pada 1 November 2019. Mereka berdua kini sedang menanti kelahiran anak sulung yang bakal dilahirkan sekitar bulan Ogos.

Baru-baru ini Eyra telahpun mendedahkan jantina anaknya. Ketika itu usia kandungan beliau telahpun mencecah 30 minggu. Kata beliau lagi, suaminya itu begitu teruja apabila mendapat tahu mereka bakal menimang anak lelaki.

Bagaimanapun malam tadi menerusi instastory media sosial Eyra dan Haziq telahpun berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulung mereka.

Haziq meluahkan rasa kesyukuran dan berterima kasih diatas doa yang dititipkan oleh orang ramai buat isteri beliau.

Haziq juga sempat mengucapkan terima kasih kepada isterinya sempena kelahiran itu dan menyatakan rasa sayang mereka berdua pada buah hati sulung.

Perkongsian Haziq dan Eyra itu telahpun menarik perhatian para netizen yang turut berkongsi perasaan gembira buat kelahiran anak sulung mereka berdua itu. Namun mereka berdua masih belum berkongsikan gambar wajah anak mahupun nama anak mereka.

Selamat bergelar ibu bapa buat pasngan muda ini. Mudah-mudahan kelahiran anak sulung ini akan menambah seri buat pasaangan ini. Tidak lupa selamat berpantang diucapkan buat Eyra Hazali.

Sumber: eyra.hazali

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.