Hiburan

“Mcm tgk cite Magika, pandai Bibik main watak..” – Netizen

Datin Eina Azman atau nama sebenar beliau Datin Paduka Ainur Syakina Azman telahpun mendirikan rumahtangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. Datin Eina sangat dikenali dengan sikapnya yang sangat lemah lembut, peramah dan merendah diri. Bergelar Datin muda dalam usia 19 tahun tidak pernah membuatkan beliau leka dan meninggi diri.

Beliau terlebih dahulu muncul dalam industri hiburan sebagai pelakon namun memperlahankan langkah beliau dalam dunia seni kerana memberikan perhatian terhadap anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Aktif di medium tiktok pula, Datin Eina kerap kali memuatnaik video tiktok bersama pembantu beliau. Beliau dan pembantu yang sememangnya cukup rapat sangat serasi membuat pelbagai aksi sekadar untuk berhibur dan mengisi masa lapang.

Entri terkini beliau kali ini juga turut memaparkan dirinya bersama dua orang pembantu beliau memainkan watak sinetron malin kundang. Beliau menepis tangan pembantu beliau dan membuat mimik wajah marah sebagai menghayati babak ketika itu.

Bibik beliau juga tidak kurang hebatnya dengan menunjukkan kebolehan dan bakat berlakon dengan membuat reaksi yang bersesuaian dengan sinetron dan babak yang sedang dilakonkan.

Sejak dari video tempoh hari lagi ramai yang sudah menyedari bakat lakonan pembantu Datin Eina Azman ini. Mereka juga memuji keakraban hubungan Datin Eina dan pembantunya. Melihatkan layanan yang ditunjukkan oleh Datin Eina buat pembantunya pastinya mengundang rasa kagum dan terharu.

Seronoknya kalau dapat majikan yang melayani kita dengan sangat baik ibarat seperti adik beradik ni kan. Bagus sungguh Datin Eina ni langsung tak berkira dengan pembantu sendiri. Bertuahnya kalau dapat bekerja dengan Datin Eina Azman ni.

Sumber: Instagram eina_azman

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.