Umum

“Sorang muka Hindustan sorang muka Mat Salleh” – Netizen

Bukan senang untuk membina karier yang kita minati. Ia memerlukan semangat yang tinggi dan minat yang dalam untuk mengecapi impian kita. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Jika kita mahu berjaya, kita harus usaha lebih dan jangan beri pelbagai alasan untuk kita tidak dapat megecapi apa yang kita mahukan.

Begitu jugalah seorang wanita yang mengecapi impiannya dengan menjadi seorang ‘make-up artist’ yang berjaya yang dikenali sebagai MUA Bellaz. Beliau sekarang bukan sahaja memberikan servis solekan yang terbaik, beliau juga mendidik dan mengajak wanita-wanita lain untuk sama-sama berjaya sepertinya dengan belajar menyolek.

Beliau sangat berbakat sehingga dapat membuat solekan yang lain dari yang lain seperti melukis rama-rama dimulut beliau dan sebagainya.

Baru-baru ini, beliau telah membuat sebuah solekan ala-ala seperti solekan yang Emma Maembong solek di hari nikahnya.

Sementara itu, MUA Bellaz sempat berseloroh di akaun Faceb0oknya dengan berterima kasih kepada b4yi dalam perutnya kerana ‘menyorok’ untuk menjayakan sesi penggambarannya itu.

“B4by bump p mana… thank you sembunyi hehe mama OOTD” kata MUA Bellaz.

Ramai netizen sangat suka melihat hasil tangan MUA Bellaz. Ada juga puji dengan mengatakan wajah MUA Bellaz seperti pelakon hindustan. Dan ada juga yang memuji solekan MUA Bellaz tersebt lebih cantik dari solekan Emma Maembong di hari nikahnya.

Setiap orang punyai bakat tersendiri. Dan selalunya bakat ini akan datang bersama minat. Apabila kita meminati melakukan sesuatu perkara itu, bakat itu akan datang dengan sendirinya. Begitu juga dengan MUA Bellaz yang berjaya menunjukkan bakatnya yang bermula dari minat dalam solekan sahaja tapi mampu membawa beliau ke atas hingga dilihat oleh warga Malaysia.

Sumber : ig muabellaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *