Umum

“Neelofa ni pakai Bawal Bunjut macam tu pun cantik”- Netizen

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa adalah antara ikon dan idola buat peminat-peminatnya. Walaupun usianya telah menjangkau 31 tahun baru-baru ini, Neelofa antara wanita yang sukses dan bekerjaya dalam kariernya. Bukan setakat pandai mengacara dan berlakon malah Neelofa juga pandai berbisnes. Baru- Baru ini Neelofa umum keluar dari melet0p. Hebat Neelofa yaa, wanita serba boleh.

Penampilan Neelofa juga sentiasa menjadi ikutan ramai memandangkan Neelofa sentiasa up-to-date dengan gaya terkini. Walaupun stail bertudung kelihatan aneh, tetap cantik apabila dipakai oleh Neelofa sendiri. Orang kata ‘pakai apa pun cantik’.

Gaya terkini Neelofa memakai bawal berkonsepkan bawal bunjut telah menarik perhatian netizen selepas Neelofa memuatnaik foto terbarunya di Instagram baru-baru ini. Fesyen terkini Neelofa membuatkan ramai netizen memuji kecantikan yang sedia ada pada diri Neelofa.

Salah seorang netizen juga telah memuatnaik beberapa foto Neelofa beserta kapsyen “Neelofa ni, pakai bawal bunjut macam tu pun cantik. Kalau aku la pakai macam tu, ermmm”.

Tweet jenaka itu ternyata telah mencuri tumpuan netizen di laman Twitter sehingga cecah 1,000 retweets.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan gaya terbaru tudung bawal Neelofa tersebut yang jelas kelihatan aneh.

“Kalau kita pakai,sup bunjut lagi cantik”- Netizen

“Macam mana dia belit ni”- Netizen

Ramai cemburu nampaknya bila tengok Neelofa pandai pakai bawal bunjut hehehe.. Neelofa ni pakai apa-apa pun cantik yaa… Pandai berfesyen pula tu..

Sumber: Instagram Neelofa, Twitter Umairaharis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *