Hiburan

“Siapa paling pandai menari, kami baru nak belajar buat tiktok”- Dato Aliff

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dijalankan, masyarakat mula mencari aktiviti yang menyeronokkan supaya yang dilakukan bersama seisi keluarga. Manalah tidak, duduk dirumah sahaja dan tidak berbuat apa-apa akan membuatkan kita menjadi bosan dan paling teruk, murung. Makanya, adalah tindakan yang sewajarnya untuk setiap orang melakukan sesuatu supaya kebosanan tidak menyelubungi diri dan fikiran akan sentiasa positif.

Begitu jugalah keluarga Dato Aliff Syukri yang sentiasa mencari perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama. Walaupun rumahtangga Dato Aliff dilanda kontroversi, beliau masih memikirkan kebahagiaan anak-anak dan mahukan anak-anaknya bergembira dan seronok.

Sudah sedia tahu oleh warganet, Dato Aliff Syukri dilihat seorang ayah yang sangat ‘sporting’ melayan kerenah anak-anaknya. Baru-baru ini, Dato Aliff Syukri telah memcuba untuk membuat video Tiktok bersama anak-anaknya.

Dilihat didalam video berkenaan, beliau dan anak-anak cuba melakukan tarian untuk lagu Bruno Mars iaitu Treasure menggunakan aplikasi Tiktok. Kelihatan juga anak-anaknya Ammar, Khadijah,dan Baem sahaja yang menyertai ayahnya itu. Dato Aliff sempat bertanya dia kapsyen beliau siapa antara mereka yang pandai menari.

Netizen semua agak terhibur dengan kerenah bapa dan anak itu dan ada yang memuji Baem yang paling ‘win’ tariannya dan yang comel pula kakak Baem, Khadijah.

Bukan itu sahaja, ada juga yang suka melihat kebahagiaan Dato Aliff walaupun dirinya dilanda pelbagai isu kontroversi.

Walaupun ada netizen yang mengecam Dato Aliff,namun beliau  tidak mengambil peduli akan semua itu. Kerana pada beliau, beliau hanya mahu keluarganya bahagia dan sentiasa tersenyum. Moral disini adalah, jika sesatu rumahtangga itu sedang berada dalam keadaan tidak baik, sebagai ibu bapa tidak seharusnya kita melibatkan anak-anak dalam kemelut yang dialami tidak kira sedar atau tidak.

sumber : aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.