Hiburan

“Pergh, ni punya bersih sampai boleh buat minum ni” – Ajak Shiro

Bukan senang untuk seseorang itu duduk sahaja dirumah tanpa berbuat apa-apa. Manalah tidak, sudah biasa keluar dan melakukan aktiviti harian, tiba-tiba harus diperintahkan untuk duduk dirumah demi keselamatan dan kesihatan masing-masing. Namun, masyarakat kebanyakannya faham akan keadaan diluar sana dan bertindak untuk mengikuti sahaja arahan yang diberikan kepada mereka untuk duduk dirumah.

Begitu juga dengan artis tempatan kita, kebanyakannya memberi kerjasama untuk duduk dirumah dan menjaga kesihatan masing-masing. Seperti juga pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah yang juga mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan dan duduk di rumah bersama keluarga.

Baru-baru ini, beliau berkongsi momen beliau bersama anak-anaknya bermandi manda dalam kolam renang rumah kediamannya. Dilihat juga sambil2 mandi, beliau membersihkan sekali kolam renang tersebut.

Dilihat video itu dirakam oleh suaminya Ijoy dan kelihatan anak-anaknya juga sedang berseronok bermandi-manda. Namun kelihatan Sharifah Shahirah sangat tekun membersihkan kolam renangnya itu.

Ramai netizen yang terhibur melihat gelagat Sharifah Shahirah tekun melakukan kerja rumah itu dan pelawak tempatan kita, Ajak Shiro juga sempat berseloroh dan bergurau di bahagian komen mengatakan air dalam kolam renang itu boleh diminum kerana sudah dibersihkan oleh Shahirah.

Alang-alang sudah berada dirumah, apa salahnya kita juga mengemas rumah kita sebersihnya. Bukan senang untuk dapatkan masa berkualiti seperti sekarang ini. Anggap perintah kawalan pergerakan ini satu peluang untuk kita melakukan perkara yang jarang kita lakukan dirumah.

sumber : ig shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.