Umum

“Saya boleh masak sangat cepat, 6 jenis lauk boleh siap dalam 20 minit” – Bonda Rozita

Kehebatan seorang isteri dalam menguruskan hal rumah tangga tidak dapat disangkal lagi. Kecekapan mereka menyiapkan tugasan rumah mampu dibuat dengan sepantas kilat sahaja. Jangan terkejut, semua wanita yang bergelar isteri ada cara yang tersendiri untuk menguruskan rumah dan dalam masa yang sama menjaga anak-anak dengan baik. Malah perkara utama yang kebiasaannya dikuasai oleh seorang isteri ialah memasak dan melakukannya pada setiap hari. Hebat bukan?

Bagi pengasas Jamu Ratu Malaya iaitu Bonda Rozita, kerjayanya sebagai ahli perniagaan bukanlah satu halangan buat dirinya untuk menguruskan rumah tangga dengan baik. Sepanjang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak, Bonda Rozita mempunyai tekniknya yang tersendiri bagi mempercepatkan kerja-kerja di rumah. Rutin harian yang sentiasa sibuk dengan perniagaan membuatkan dirinya sentiasa menjadi advance daripada sesuatu yang dirancang.

Walaupun usianya yang semakin meningkat, Bonda Rozita tetap kelihatan aktif dan kuat. Siapa sangka, ibu kepada usahawan kosmetik popular Datuk Aliff Syukri ini mampu menyediakan enam jenis lauk yang boleh disiapkan dalam masa 20 minit sahaja.Bonda Rozita sendiri mendedahkan menerusi posting di laman instagramnya.

View this post on Instagram

dn kerjaya, bab utama jadi isteri orang ni ialah masak , jaga anak dn kerja …hajat utama dihati dapat semua tercekau sbb tu kena urus betul dn cari teknik nak mempercepatkan kerja..!! . . Lifestyle sy mmg super duper sibuk,, 2 ke 3 kali ganda drpd wanita biasa sbb sy bukan setakat membahagikan waktu harian sy sebagai seorang pengarah tetapi sy juga seorang media, arkitek, petani, isteri..marketing dn pwngurusan . . Sekarang sy bangun lebih awal dr biasa , pkul 4am, xmudah kena tegas dn pujuk2 diri ..setiap hari untuk memberikan ruang waktu sy mencari sifat kehambaan . . sebab waktu usia sy makin pendek sbb dah tua..Sy punya prinsip ‘ sy bekerja seperti sy akan hidup selamanya dan sy beramal mcm sy mati esok..!! . Sy masak sgt cepat walupun 6 jenis lauk boleh siap dlm 20 min..!! sy menyiapkan apa sj urusan kehidupan sy ialah 10 advance kedepan, 10 tahun kedepan contohnya dalam bisnes sy meletakkan 10 tahun kehadapan, dalam bersiap untuk family, 10jam, hari atau bulan.. . . Dengan konsep begini akan menjadikan sy lebih advance drpd apa yg sy rancang supya ia memudahkan pergerakan dan melancarkan urusan kehidupan harian sy..

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Menurut Bonda Rozita. prinsip dirinya dalam urusan kehidupan sentiasa ingin maju 10 tahun ke hadapan termasuklah juga perniagannya sendiri.

Posting video Bonda Rozita sedang memasak dikongsikan di laman instagram miliknya. Bonda kelihatan sibuk menyiapkan hidangan gulai kari daging buat keluarganya.

Rata-rata netizen memberi komen pada posting video tersebut dan ditonton sehingga 105,000 tontonan. Ramai netizen memuji cara pantas Bonda Rozita memasak pelbagai jenis lauk dalam masa yang singkat.

“Cepatnya bonda masak, saya kalau 20 minit tu baru satu jenis lauk kena cabar cara bonda ni”- Netizen

“Laju bonda masak”- Netizen

“Macam mana bonda boleh masak cepat sangat macam tu”- Netizen

Dasyat sungguh yaa Bonda Rozita, boleh masak enam jenis lauk dalam 20 minit je. Kena ikut cara unik bonda ni, confirm laju nak memasak lepas ni.

Sumber: instagram Bondarozitaibrahim

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.