Hiburan

Atok dapat rentas negeri, reaksi Ayah Cik Piah jumpa cucunya buat ramai tersentuh

Wabak yang melanda seluruh dunia ini benar-benar menguji kita semua dalam pelbagai sudut. Dugaan yang terbesar adalah apabila kita semua sudah tidak dapat lagi menjalani kehidupan normal seperti sediakala. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di laksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian C0v1d19 juga membuatkan kita semua tidak boleh berjumpa diantara satu sama lain buat seketika.

Pastinya kita sudah mula merindui keluarga dan kampung halaman masing-masing. Buat masa ini hanya pergerakan yang mematuhi syarat yang ditetapkan sahaja dibenarkan untuk merentas negeri. Bagi penyampai radio Suria FM iaitu Feeya Iskandar atau lebih popular dengan nama Cik Piah ini, beliau juga menghadapi situasi yang sama seperti orang lain tidak dapat berjumpa keluarga tersayang sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Setelah hampir tiga bulan, secara kebetulannya ayah Cik Piah telah berpeluang untuk merentas negeri kerana mempunyai urusan kerja. Mengambil kesempatan untuk melepaskan rindu anak-anak kepada atok mereka, Cik Piah gembira dapat bertemu dengan ayahnya walaupun hanya sekejap.

Cik Piah memuatnaik video tersebut ke akaun instagramnya dimana beliau berpeluang berjumpa dengan Ayahnya disebuah stesen minyak. Walaupun pertemuan itu hanya berlangsung selama 10 minit namun pastinya terubat sedikit rasa rindu seorang atok kepada anak dan cucunya.

Dipermulaan video tersebut, gelagat anaknya Malique kelihatan begitu seronok apabila melihat kelibat Atoknya. Mengambil langkah keselamatan, Cik Piah menghulurkan cecair pembasmi kuman Hand San1tizer kepada ayah beliau. Hand San1tizer itu dipakai secara tergesa-gesa bagaikan sudah tidak sabar lagi untuk memeluk erat cucunya. Nampak wajah kerinduan seorang atok kepada cucunya yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Entri tersebut mencuri tumpuan para pengikut instagramnya yang turut berkongsi rasa hiba melihat pertemuan Atok dan Cucu itu.  Rata-rata netizen juga turut mengalirkan air mata kerana merasa sedih melihat peluukan erat seorang Atok yang begitu merindui cucunya.

Tanpa berselindung, Cik Pia juga turut mengakui beliau turut men4ngis ketika merakamkan detik pertemuan tersebut.

Sabarlah yaa Cik Piah. Wabak yang melanda sekarang ini benar-benar menguji kita semua. Semoga wabak ini cepat berakhir dan kita semua akan dapat melalui kehidupan seharian seperti dulu semula.

Sumber : Instagram feeyaiskandar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.