Hiburan

“Raf redha je kaki dia kena pijak” – Netizen

Ramai yang masih terkejut dan cuba menerima keadaan semasa yang melanda negara kita. Dengan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi meminta semua orang untuk kekal duduk di rumah sahaja sudah berlangsung hampir sebulan lamanya. Dan baru tadi, Perdana Mnteri telah mengumumkan bahawa perintah tersebut akan dilaksanakan dengan penambahan 2 minggu lagi iaitu sehingga 28 April 2020.

Sejurus pengumuman tersebut dilakukan, Wan Mawar Shaputri atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid telah melakukan satu video Tiktok bersama suami Raf Yaakob serta abang iparnya. Video tersebut adalah video menari mereka dengan caption bahawa PKP akan disambung 2 minggu lagi dan para netizen dinasihatkan untuk tidak kesana kesini seperti apa yang diberitahu Perdana Mnteri.

Pasti ramai yang masih tidak tahu, bahawa suami kepada Mawar iaitu Raf Yaakob merupakan adik kepada tukang masak terkenal negara kita iaitu Dato Fazley Yaakob. Disebabkan itu Mawar sekeluarga sering dilihat bersama-sama dengan keluarga Dato Fazley di laman Instagram mereka. Dato Fazley juga dikhabarkan baru pulang ke rumah setelah sebulan dalam proses kuarantin bersendirian setelah dia habis urusan kerja di Singapura.

Ramai yang memuji Mawar dalam video Tiktok tersebut apabila dia telah melakukan aksi shuffle juga tidak kurang lucunya aksi yang dibuat oleh Raf Yaakob dan Dato Fazley. Semangat Mawar ketika melakukan aksi shuffle tersebut sehinggakan terpijak kaki suami tetapi Raf terlihat tenang dan redha walaupun dipijak isteri tersayang.

Komen yang diberikan pada video tersebut rata-ratanya dari kalangan peminat Mawar sendiri yang suka dengan gelagat mereka. Tidak ketinggalan dengan mereka yang terhibur dan berasa lucu dengan aksi yang dipamerkan oleh selebriti tanah air ini.

Suka betul tengok keluarga milik Raf Yaakob dan Dato Fazley yang sering meluangkan masa bersama-sama ni. Semoga ikatan kekeluargaan yang dimiliki mereka sentiasa harmonis agar dapat sering menghiburkan para netizen dengan video-video baru.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.