Hiburan

“Pak Azad step ke laut, anaknya jugak yang cute”- Netizen

Kerenah anak-anak ketika dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini saban hari semakin bermacam-macam. Ada yang kerenah melucukan, ada yang meragam tidak tentu pasal, dan ada juga yang menunjukkan bakat terpendam mereka. Ini adalah kerana dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, mereka punyai banyak idea untuk melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan mereka.

Begitu jugalah dengan pelakon jelita dengan pas4ngannya yang juga seorang pelakon dan pelawak, Eira Syazira dan Azad Jasmin yang melayani kerenah anak-anak mereka di rumah mereka dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Azad juga yg selalu membuat gaya lawaknya di laman instagramnya selalu membuat netizen terhibur.

Anak-anak zaman sekarang juga semakin aktif dengan aplikasi Tiktok. Memandangkan sekarang sedang dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, keluarga Pak Azad juga tidak terkecuali untuk meluangkan masa dengan berTiktok. Baru-baru ini, Eira Syazira berkongsi momen dimana suaminya dan anaknya mencuba salah satu aksi Tiktok di kediaman mereka.

Kelihatan di dalam video tersebut, Pak Azad hanya bermain-main untuk menari manakala anaknya kelihatan begitu cerdas dan punyai bakat dalam tarian.

Kebanyakan netizen terhibur dengan gelagat keluarga Azad dan suka melihat bakat anak perempuan mereka, Amarra Sofea Rose dalam tarian. Ada juga yang mengatakan Pak Azad tidak punyai bakat seperti anaknya yang comel itu.

Ada juga yang memuji sifat Pak Azad yang sangat ‘sporting’ bersama anak-anak melakukan aksi Tiktok. Dan ada juga memuji anaknya pandai bergaya seperti ibunya.

Begitulah sesetengah keluarga yang mencari sesuatu perkara untuk dilakukan di rumah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Itu adalah lebih baik daripada melakukan cubaan untuk keluar dari rumah.

sumber : eirasyaziraofficial

Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.