Hiburan

“Muka tak rela je yang duk ketuk kuali” – Netizen

Berada di dalam rumah dalam tempoh yang begitu lama membuatkan ramai masyarakat sudah bosan untuk duduk dirumah. Duduk dirumah sudah menjadi perkara yang melmaskan bagi sesetengah individu. Mana tidaknya, sesetengah individu ini telah biasa hidup dalam rutin yang memerluukan mereka untuk keluar dari rumah. Walaupun ramai individu yang mencuba untuk mencari perkara baru untuk dilakukan dirumah, ia tidak memberi kepuasan kepada mereka.

Begitu juga dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Langit Ketujuh’, Sharifah Zarina bersama anak-anaknya yang juga sering dilihat berkongsi aktiviti mereka di laman sosial.

Sudah disahkan oleh kerajaan bahawa tempoh perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan lagi selama 2 minggu. Pasti ada segelintir masyarakat yang agak kecewa dengan berita ini. Namun, tidak bagi Sharifah Zarina yang menerima arahan tersebut dengan minda yang terbuka. Sikap Sharifah Zarina ini ditunjukkan dari video kongsian beliau baru-baru ini yang melakukan video aksi Tiktok bersama anak-anak dan bibiknya.

Didalam video tersebut,  dilihat mereka anak beranak mengendang periuk kuali dan yang kelakarnya adalah bibik mereka juga termasuk sekali di dalam pembuatan video tersebut. Sharifah Zarina juga berkata video itu adalah untuk memberi semangat kepada sesiapa yang merasa kecewa akan berita perintah kawalan pergerakan dilanjutkan supaya tidak berasa sedih dan cuba berfikir positif.

Netizen sangat terhibur akan gelagat anak beranak itu dan paling menarik perhatian netizen adalah reaksi bibik Sharifah Zarina yang seperti pasrah mengetuk kualinya.

Tindakan Sharifah Zarina membuat video itu boleh dijadikan contoh baik kerana beliau tahu bagaimana untuk menggunakan sosial media beliau sebagai medium beliau untuk menyampaikan nasihat untuk sentiasa berfikiran positif dengan berita yang diterima dan menggembirakan warganet yang menonton.

sumber : ig sharifahzarina_official

Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.