Hiburan

“Comey makcik bawang kecik ini, dgn pelat-pelat dia tu” – Netizen

Tumbesaran kanak-kanak berlaku dengan sangat pantas. Semakin hari, semakin banyak yang dipelajari oleh anak-anak kecil ini dari persekitaran sekeliling terutamanya ibu bapa. Berbeza dengan kanak-kanak lain, anak daripada mana-mana selebriti pasti menerima tumpuan yang lebih dari para netizen dan dikenali ramai. Ini kerana para netizen suka melihat gelagat-gelagat comel dan lucu dari anak para artis.

Menjadi anak kepada penyanyi nombor satu terkenal negara pasti mendapat populariti yang lebih dari yang lain. Siti Aafiyah adalah anak sulung perempuan kepada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Dato Sri Khalid. Dato Siti telah menanti kedatangan puteri sulungnya itu agak lama setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 lagi. Kesibukannya dalam kerjaya dan juga perniagaan pada waktu dahulu tidak dapat mengalihkan pandangannya untuk juga mempunyai zuriat sendiri.

Tarikh 19 Mac tahun 2018 telah menjadi tarikh istimewa buat Dato Siti dan Dato Khalid apabila Siti Aafiyah telah selamat dilahirkan. Mencecah umur 2 pada tahun ini, Aafiyah terlihat semakin bijak dan aktif bermain bersama orang sekeliling terutamanya ibu

Gelagat comel Aafiyah sering dikongsikan oleh Dato Siti di laman Instagramnya bersama peminat. Comel melihat telatah Aafiyah yang baru hendak belajar bercakap, video yang dimuatnaik oleh Dato Siti menunjukkan Aafiyah yang berusaha bercakap walaupun percakapannya adalah pelat dan tidak mudah difahami. Sehinggakan dia dikatakan seperti makcik bawang oleh netizen disebabkan telatahnya yang bercakap dengan laju dan sibuk melihat keadaan sekeliling.

View this post on Instagram

Bznya Aafiyah πŸ˜… .. πŸ“Ή igs @ctdk β€’ β€’ πŸ’₯ Sehingga 10/4/2020 shj.. sesiapa nk order SIMPLYSITI Diskaun up to 50%, sila whatsapp 0192195015… #SayaJualSimplySiti #SayaJualBeausiti #SayaAhliElitSimplySiti #SSE00040 cc @officialsimplysiti_elit πŸ’₯ . . #StayHomeStaySafe #StayHomeShopOnline #ShopOnline #SIMPLYSITI #ForTheBeautyWithYou #10YearsOfBeautyWithYou #SIMPLYSITI10YEARS #Skincare #SelaraskanCantikmu #BEAUSITI #BeauSitiBySIMPLYSITI #BeautEssence #SolusiKecantikanHolistik #beausitimelengkapimu #aafiyahanakibu #ibuaafiyah #ctdk #sitinurhaliza #ctnurhaliza #datositinurhaliza #DatoSriSitiNurhaliza #DatoSeriSitiNurhaliza @officialsimplysiti_elit @tupperware_ctaini @ctaini77 #sitizoner #sitizoners #SimplysitiProdukHalal #PosSeluruhMalaysia

A post shared by Ct Aini (@ctaini77) on

Bukan sahaja itu, para netizen sungguh geram melihat gelagat Aafiyah yang sibuk berjoget sambil dirakam oleh Dato Siti. Dia juga mengatakan bahawa dia sedang melakukan joget zumba. Bukan calang-calang Aafiyah ni, baru umur 2 tahun dah pandai menari zumba sendiri tanpa memerluukan bimbingan dari siapa-siapa ya.

View this post on Instagram

AafiyahπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈ .. πŸ“Ή igs @ctdk β€’ β€’ πŸ’₯ SIMPLYSITI Diskaun up to 50% dilanjutkan sehingga 10/4/2020.. yg nk order, sila whatsapp 0192195015… #SayaJualSimplySiti #SayaJualBeausiti #SayaAhliElitSimplySiti #SSE00040 cc @officialsimplysiti_elit πŸ’₯ . . #StayHomeStaySafe #StayHomeShopOnline #ShopOnline #SIMPLYSITI #ForTheBeautyWithYou #10YearsOfBeautyWithYou #SIMPLYSITI10YEARS #Skincare #SelaraskanCantikmu #BEAUSITI #BeauSitiBySIMPLYSITI #BeautEssence #SolusiKecantikanHolistik #beausitimelengkapimu #aafiyahanakibu #ibuaafiyah #ctdk #sitinurhaliza #ctnurhaliza #datositinurhaliza #DatoSriSitiNurhaliza #DatoSeriSitiNurhaliza @officialsimplysiti_elit @tupperware_ctaini @ctaini77 #sitizoner #sitizoners #SimplysitiProdukHalal #PosSeluruhMalaysia

A post shared by Ct Aini (@ctaini77) on

Siapa saja yang tidak geram dan suka melihat telatah lucu Aafiyah yang membesar dengan bijak ini. Setiap hari ada saja gelagatnya yang comel dan menghiburkan dikongsikan di Instagram. Para peminat Dato Siti terutamanya pasti akan mngalkan komen yang mengatakan mereka geram saja dengan Aafiyah yang comel tu.

Suka betul tengok video telatah Aafiyah hari-hari. Ada je adegan baru yang dia nak buat. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat, lebih bijak dan pandai menyanyi. Lepas ni boleh la ganti ibu menyanyi kat pentas pula.

Sumber: Instagram ctaini

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.