Hiburan

“Mohon maaf tak dpt bersama meraikan kelahiran cucu” – Ibu Mertua Bella

Umum sudah pun mengetahui mengenai berita kehamilan Bella Astillah setelah beliau merujuk kembali bersama bekas suaminya Aliff Aziz. Psangan ini mempunyai seorang anak sulung lelaki yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Sebelum ini Bella Astillah mendedahkan bahawa tarikh jangkaan bersalin anak kedua ini jatuh pada bulan Julai.

Memandangkan kebanyakkan negara sedang melaksanakan tempoh perintah berkurung akibat wabak C0v1d19, Aliff Aziz yang kini berada di Singapura tidak dapat bersama Bella untuk menemaninya sepanjang kehamilan tersebut.

Sebelum ini juga, Bella telah mengumumkan beliau bakal menimang anak perempuan. Orang kata jika mengandung anak perempuan ibu akan rajin bersolek. Wajah Bella pun semakin berseri-seri sekarang. Ramai netizen yang memuji wajah Bella yang kekal cantik sewaktu sedang mengandung.

Muatnaik gambar terkini beliau di instagram, Bella berkongsi rutin bulanan beliau melakukan pemeriksaan bersama doktor bagi mengetahui perkembangan kandungan. Bella sudahpun menghampiri minggu-minggu terakhir kehamilan dan bakal melalui detik kelahiran pada bila-bila masa sahaja.

Beliau berkata setelah bersalin, pasti akan merindui dirinya semasa sedang mengandung terutamanya merasai tendangan bayi dalam kandungan.

Turut berkongsi rasa ialah ibu mertua Bella yang kini berada di Singapura dan tidak dapat bersama beliau bagi menyambut kelahiran cucu keduanya itu kerana pandemik Covid19. Ibu mertua beliau juga memohon maaf dan turut menitipkan doa buat menantunya itu.

Para pengikut instagram Bella tidak putus mendoakan supaya urusan kelahiran beliau nanti akan diberikan kemudahan.

Mesti Aliff pun tak sabar untuk melepaskan rindu buat anak dan isteri kesayangan. Harap-harap pandemik ini cepat berakhir supaya keluarga ini dapat bersatu semula. Semoga Bella diberikan kemudahan semasa kelahiran nanti hendaknya. Amin.

Sumber : Instagram bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.