Umum

“Hahaha wehh terbakar rambutnya”

Mempunyai anak-anak pasti kita tidak terlayan perangai dan ragam mereka. Mereka pasti ada akal mereka untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan kita. Sememangnya menjadi ibu bapa adalah satu tugas yang sangat memenatkan namun sebagai ibu bapa juga kita harus belajar untuk bersabar dalam menguruskan perihal anak-anak kita dan cuba mengawal perilaku mereka tidak kira dimana sahaja.

Sebagai ibu bapa juga, kita tidak terlepas dari terleka tentang apa yang dilakukan anak-anak kita. Kadang kala mereka tidak sengaja untuk melakukan sesuatu perkara itu tanpa sebarang masalah. Begitulah yang dirasakan oleh pelakon yang sedang membina nama, Ain Edruce, dimana beliau walaupun belum dikurniakan cahayamata, beliau dilihat suka  melayan anak-anak buahnya dan menyayangi mereka.

Beliau sering dilihat suka melayan kerenah anak-anak buahnya dan dilihat sebagai ibu saudara yang sangat sporting. Baru-baru ini beliau berkongsi kerenah dan ragam salah seorang anak saudaranya yang dikenali sebagai Nael.

Dilihat di dalam video tersebut, mereka sedang menyambut kecil-kecilan hari jadi anak sudaranya itu. Namun, Nael mungkin ingin merasa kek tersebut tanpa memegangnya maka kanak-kanak tersebut cuba menjilat kek tersebut tanpa menyedari api dililin masih belum ditiup. Maka dengan itu, api tersebut terkena pada rambut Nael dan terbak4r sedikit dihujung tepi rambutnya. Mujur tidak marak besar api tersebut.

Netizen sangat terkejut dengan kejadian itu dan bersyukur api tidak marak ke bahagian lain. Selain itu, ada yang terhibur hingga tidak tahu mahu gelak ataupun kasihan pada Nael.

Sebagai ibu bapa, pasti mereka akan menjadikan kejadian itu sebagai antara memori kelakar yang pernah terjadi dalam hidup Nael. Apa apa jua, ibu bapa harus lebih berhati-hati dan memantau segala apa yang berlaku disekeliling anak-anak kita.

Sumber : ig ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.