Hiburan

Mengambil berkat awal muharram, Mawar Rashid umum berhijab

Antara tarikh penting dalam kalendar islam ialah tarikh 1 Muharram kerana Muharram merupakan bulan pertama dan menunjukkan hari permulaan kepada takwim di dalam tahun islam. Di Malaysia, hari yang bermakna itu turut disebut sebagai Maal Hijrah dan diraikan oleh seluruh umat islam di negara ini. Disamping itu juga, peristiwa Hijrah merupakan satu peristiwa penting terhadap perjalanan dakwah Rasulullah.

Bersempena sambutan awal muharram yang diraikan oleh umat islam sebagai simbolik penghijrahan yang telah dilakukan oleh Nabi pada zaman dahulu, Mawar telah mengambil berkat bulan ini untuk melaksanakan hasrat beliau untuk berhijab sepenuhnya.

Terdahulu Mawar telahpun mendirikan rumahtangga bersama Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan selebriti chef Dr Fazley Yaakob. Beliau telahpun mempunyai seorang anak lelaki dan kini sedang mengandung anak kedua.

Gadis yang memulakan kerjaya menerusi program Dewi Remaja ini pernah memenangi gelaran Dewi Favourite semasa dalam pertandingan tersebut. Mawar kemudiannya menjadi pelakon dan kini berjinak dalam bidang perniagaan menerusi produk kosmetik pertama beliau iaitu Magic Rose yang merangkumi serum bibir dan pipi.

Pengumuman penghijrahan beliau itu dibuat menerusi laman media sosialnya. Memuatnaik sekeping gambar beliau memakai tudung, hasrat untuk berhijab sepenuhnya terdetik kerana beliau merasa sangat bersyukur dengan kehidupan yang beliau lalui kini.

Beliau turut berkata bahawa beliau merasa sangat bersyukur dipertemukan dengan sahabat dan guru yang baik dan mula tercetus niat untuk berubah kearah kebaikan. Beliau juga turut memohon doa semua supaya terus istiqamah dengan penghijrahan tersebut.

Menyambut baik berita pengumuman tersebut ruangan komen Instagram Mawar dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga para peminat beliau. Para peminat beliau rata-ratanya menyokong dan mendoakan Mawar agar terus istiqamah dan berubah kepada kebaikan seterusnya kekal dengan imej barunya itu.

Alhamdulillah Mawar terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya. Semoga perkongsian beliau ini menarik lebih ramai lagi individu untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik. Mudah-mudahan Mawar sentiasa istiqamah dengan keputusan ini dan diberikan kemudahan untuk urusan beliau seterusnya.

Sumber : Instagram mawarashid

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.