Hiburan

“Kak Lina pregnant ni tapi dia takkan bagitau kita”- Netizen

Kisah rumah tangga pelakon Elly Mazlein bersama psangannya, Encik Azlan sering menjadi perhatian peminat-peminat di laman sosial media. Selepas Elly Mazlein atau nama popularnya, Kak Lina Pompom telah bergelar isteri kepada seorang guru, dia tidak sama sekali kekok berkongsi fotonya bersama suami tercinta di laman instagram. Sebelum ini, sepanjang tempoh bertunang Elly tidak sama sekali berkongsi wajah suaminya sehinggalah tibanya majlis perkahwinan.

Psangan sama cantik sama pada ini telah berkahwin pada bulan Januari lalu dan majlis perkahwinan mereka menjadi bualan hangat peminat-peminatnya apabila kek sembilan tingkat berwarna biru yang dilengkapi kolam air mini di bahagian tengah mencuri tumpuan ramai.

Bukan itu sahaja, kebahagiaan Lina Pompom dan cikgu Azlan sebagai psangan suami isteri jelas dapat dilihat lebih-lebih lagi apabila Encik Azlan melayan baik dan begitu penyayang terhadap anak tirinya, Putri Sara Sefhia. Kehadiran Sara Sefhia cukup melengkapi kehidupan Lina Pompom dan suaminya. Tapi apa salahnya jika Lina Pompom nak tambah seorang cahaya mata lagi kan….

Setiap foto yang dikongsi Lina Pompom menerusi laman instagramnya sentiasa menjadi tumpuan peminat-peminatnya terutamanya apabila salah sebuah foto Lina Pompom seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ pada perutnya yang dimuatnaik baru-baru ini. Namun sehingga kini, tiada sebarang pengakuan atau kenyataan yang dibuat oleh pelakon drama Kampung People ini.

Malah netizen berpendapat Lina Pompom tidak mahu memberi sebarang kenyataan tentang berita kehamilannya kerana mahu menjaga kandungan.

Ada juga sebahagian netizen kelihatan teruja dengan ‘baby bump’ yang jelas dapat dilihat pada perut artis kesayangan mereka itu menerusi foto yang dimuatnaik Lina Pompom.

Kita doakan yang terbaik aje lah buat kak lina pompom dengan cikgu azlan ye. Semoga apa yang netizen doakan tu betul-betul akan jadi kenyataan. Tak sabar nak tunggu berita gembira dari kak lina pompom sendiri.

Sumber: instagram Iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.