Umum

“Family semua masuk ayaq, best ahh..” – Netizen

Apabila Syawal menjelma tiba, orang Muslim semua meraikan bulan mulia ini bersama keluarga dan saudara mara. Mereka kunjung mengunjungi ke rumah saudara mereka bagi meraikan kemenangan mereka berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Namun, dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan sekarang, ia memberi kesan mendalam kepada orang Muslim dalam menyekat pengerakan mereka untuk pergi beraya demi menjaga kesihatan masing-masing.

Dan bagusnya, kebanyakan Muslim di dalam negara kita memberi kerjasama yang baik pada kerajaan dan mengikuti arahan yang diberikan dan hanya beraya di rumah sahaja. Begitu juga kelihatan pada segelintir keluarga artis-artis kita yang kelihatan masih bergembira meraikan hari raya bersama keluarga dirumah tanpa perlu pergi kemana-mana. Antara artis yang kelihatan sangat seronok beraya di rumah bersama keluarga ialah Sissy Iman. Beliau dilihat lebih menjaga diri dan keluarganya dan hanya menghadkan rurin harian di luar dan cuba berada dirumah sekerap mungkin.

Pada Syawal yang mulia ini, dilihat pelakon dan penyanyi tersebut meraikan hari raya mereka secara bersederhana dan yang paling penting meraikan di rumah sahaja. Apa yang menariknya tentang Sissy Iman, beliau punyai ibu bapa yang sangat ‘sporting’ dan senang bergurau senda bersama anak-anaknya. Sifat ini dibuktikan oleh Sissy Iman sendiri dengan berkongsi kegembiraan beliau bersama keluarga mereka di laman instagram beliau.

Dilihat di dalam laman instagram artis tersebut, beliau dan keluarga beliau membuat video Tiktok untuk mengisi kebosanan mereka beraya dirumah. Kelihatan mereka sangat seronok melakukan video Tiktok itu bersama-sama. Dan lebih kelakarnya adalah, ibu bapa Sissy Iman juga tidak terkecuali menghiburkan diri merek dengan melakukan Tiktok bersama anak-anak mereka.

Netizen mengagumi keluarga Sissy Iman dan mengatakan Sissy Iman beruntung punyai ibubapa yang ‘masuk air’ dan sporting melakukan apa sahaja untuk keseronokan anak mereka. Ada juga yang sempat memuji ibu kepada Sissy Iman kelihatan sangat comel dalam video tersebut.

Masyarakat sebaiknya mencontohi keluarga Sissy Iman kerana dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat ini, masih ramai yang tidak tahu cara yang bijak untuk mengisi kebosanan mereka dirumah bersama keluarga. Ahli keluarga juga haruslah memainkan peranan dalam cuba memberi sokongan kepada anak-anak supaya mereka tidak bosan berada di rumah dan meraikan Syawal bersama.

sumber : ig sissyimann

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.