Hiburan

“Hadirmu dalam hidupku” – Detik pertemuan pertama kali BCL dan Ashraf Sinclair

Sehingga saat ini, masih agak sukar untuk kita menerima pemergian suami Bunga Citra Lestari iaitu arwh Ashraf Sinclair. Sepanjang pernikahan Bunga dan Ashraf, psangan yang cukup romantis itu tidak pernah mempunyai kontr0versi besar yang melanda hubungan mereka berdua dan menjadikan mereka berdua psangan sering dijadikan contoh kepada orang ramai.  Pemergian arwh Ashraf Sinclair dalam jangka masa yang sangat cepat mngalkan kesan yang amat mendalam buat Bunga Citra Lestari.

Pelantun lagu Wanita Terbahagia itu juga memiliki seorang anak lelaki bernama Noah setelah hampir 11 tahun mendirikan rumahtangga bersama arw4h. Arw4h Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari yang lalu ketika sedang tidur akibat ser4ngan jantung.

Buat para peminat yang sememangnya mengikuti perkembangan hubungan mereka berdua pasti sudah mengetahui bahawa mereka berdua bertemu kali pertama ketika sesi temubual program televisyen Beat TV saluran Astro Ria pada tahun 2007.

Menerusi muatnaik terkini di Instagram Bunga, beliau kongsikan semula video tersebut sebagai tatapan buat para peminat. Asyraf kelihatan agak gugup ketika melakukan temubual berkenaan. Mungkin itulah yang dikatakan sebagai cinta pandang pertama kan?

View this post on Instagram

Source : BEAT TV Astro Ria – 2007

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Video ringkas sedutan temu bual itu nyata mendapat perhatian para pengikut beliau. Rata-ratanya teruja melihat detik pertemuan kali pertama psangan tersebut kerana pertemuan itulah yang telah menjadi titik permulaan kepada hubungan mereka berdua.

Video tersebut sudah cukup menunjukkan luahan rindu Bunga kepada arw4h suaminya itu. Semoga Bunga terus diberikan kecekalan dan ketabahan dalam melalui perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. InsyaAllah.

Sumber: Ig bclsinclair

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.