Hiburan

“Cantas sikit je dah berkipas bagai, Level kayangan sgt ni” – Netizen

Dato’ Rizalman Ibrahim ialah seorang pereka fesyen yang sangat terkenal di Malaysia. Di samping rekaan fesyen yang eksklusif dan busana mewah yang dihasilkan oleh beliau, beliau juga turut dikenali kerana mulutnya yang seperti bertih jagung. Tabiat dirinya yang sering berceloteh juga sering mencuit hati dan membuatkan dirinya sangat dekat dengan orang ramai.

Cukup sinonim dengan industri fesyen, Dato’ Rizalman kini mengorak langkah menjadi seorang personaliti televisyen dan sering dijemput menjadi juri bagi beberapa rancangan pertandingan yang melibatkan fesyen mahupun nyanyian.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga telahpun diberikan peluang untuk mengemudi sebuah rancangan masakannya sendiri pada bulan Ramadhan yang lalu iaitu Pung Pang Rizalman.

Menerusi muatnaik terkini Dato’ Rizalman di Instagram, beliau berkongsi video aktiviti beliau sedang berkebun. Walaupun sedang membuat aktiviti di kawasan rumah namun diakhir video beliau dilihat sedang dipayung seseorang sambil mengipas dirinya dengan topi.

View this post on Instagram

tukang kebon kayangan

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Rata-rata netizen terhibur dengan lagak diva Dato Rizalman itu. Pasti ada sahaja gelagat beliau yang mencuit hati dan menarik perhatian para netizen. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen.

Berapa la agaknya upah “tukang kebun” macam Dato ni kan. Sesuai sangat dengan caption Dato tu memang gaya Dato ni kayangan habis nampaknya. Dah namanya Dato Rizalman, apa sahaja yang beliau lakukan pastinya lain daripada yang lain.

Sumber: rizalman71

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.