Hiburan

“Pergh baiknya Fikry Ibrahim nak sedekah RM 29000”

Segmen pr4nk menerusi rancangan hiburan Trek Selebriti antara yang popular dalam kalangan penonton setiap kali para selebriti jemputan diberi tugas ‘khas’ mengenakan pr4nk terhadap orang yang rapat dengan mereka. Pr4nk yang sering dibuat menerusi panggilan telefon ternyata menjadi dengan aksi spontan mereka sekaligus mencuit hati penonton. Memang kelakar habis dibuatnya, menjadi tau prank diorang.

Malah, selebriti jemputan untuk segmen prank baru-baru ini iaitu pelakon Zulin Aziz berjaya mengenakan rakan baiknya iaitu Fikry Ibrahim. Siapa sangka, pr4nk yang dibuat oleh Zulin telah mendedahkan sendiri sisi baik Fikry yang sebenar.

Pada kali ini, Zulin membuat pr4nk menggunakan bakat lakonannya dengan berlakon meminta bantuan duit daripada Fikry sebanyak RM9,000 untuk membayar duit sewa rumah yang tertunggak. Bukan itu sahaja, Zulin sekali lagi mengadu dan meminta wang sebanyak RM20 ribu dengan mudah sekali kepada Fikry. Fikry dengan tidak teragak-agak, terus sanggup memberikan sejumlah yang diminta Zulin.

View this post on Instagram

Rm29 k boleh shopping tak?🤣 Tp seriously.. @fikryibrahim ni org yg sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia.Sembahyang,mengaji,jaga keluarga dia..anak yg baik. Haaa… dah puji ni.Bankin la betul2🤣. Ni kawan susah senang. Kita jangan ingat kawan bila susah je,bila senang hilang kemana.kita pun xkan tolong org tu sesuka hati. Berkawan dengan org baik2 tu pun rezeki. Ni pesanan jgk kat korang semua..walaupun kita tau dia baik hati,jgn pernah ambik kesempatan kat org tu. . . . #Repost @aliffarhan_jr ・・・ Beruntung dapat kawan cam @fikryibrahim , time member susah pun sanggup sedekah💪🏻🤣💯 Korang jangan lupa layan Trek Selebriti Musim Terbaru bersama @zulinaziz dan hos @aliffarhan_jr 🔥🔥🔥 SETIAP RABU| 11.00PM | ASTRO RIA #trekselebriti

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Siapa sangka, sisi sebenar jejaka kelahiran Kedah ini ternyata seorang yang baik hati dah tidak kedekut. Malah ramai penonton dan netizen mula memuji keperibadian Fikry selepas video teaser rancangan hiburan tersebut dikongsi oleh Zulin di instagram miliknya.

Zulin menerusi kapsyen turut akui, Fikry seorang yang sangat baik hati dan merupakan seorang kawan yang sentiasa ada ketika susah senang.

Warga netizen tidak ketinggalan memuji sikap baik Fikry menerusi ruangan komen.

“Ulang berkali-kali sambil lap air mata, wuu mana nak cari kawan sebaik Fikry ni”- Netizen

“Baik nauuu Fikry Ibrahim ni”- Netizen

“Pergh baiknya hati nak sedekah 29K”- Netizen

Mudahnya Fikry Ibrahim nak sedekah duit 29 ribu dekat Zulin, memang betul-betul member susah senang ni. Respect Fikry Ibrahim.

Sumber: instagram Zulinaziz

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.