Pemilik nama Mila Jirin atau nama sebenar beliau Norsyarmilla binti Jirin ini merupakan Juara bagi Akademi Fantasia (AF) musim ke 5. Beliau seangkatan dengan penyanyi Aizat Amdan, Noni AF, Heleza Helmi dan juga Dafi. Walaubagaimanapun sejak memenangi pertandingan tersebut, beliau semakin memperlahankan aktiviti seni kerana terlibat dalam dunia perniagaan sebagai seorang usahawan.
Beliau mempunyai beberapa rangkaian perniagaan antaranya Katering dan syarikat perancang perkahwinan Bizmilla. Meskipun dilanda ujian rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari beliau masih lagi bekerja keras demi kelangsungan perniagaan dan pekerjanya.
Pemilik syarikat perancang perkahwinan Bizmilla ini seorang majikan yang sangat bertanggungjawab. Semasa PKP baru-baru ini Mila Jirin mengambil tanggungjawab membuat pelbagai perniagaan sampingan demi melunaskan bayaran gaji para pekerjanya ekoran perniagaan perancang perkahwinan terjejas teruk. Ramai memuji sikap Mila yang sangat prihatin sebagai seorang majikan.
Menerusi Instagram, Mila berkongsi pengalaman beliau ke Kota Bharu. Selesai menjamu selera disebuah restoran popular di situ beliau melihat seorang peniaga jalanan berniaga rojak buah. Beliau teruja untuk membeli dek kerana terpikat dengan kuah rojak hitam pekat. Mila juga turut meminta kuah lebih serta sanggup membayar lebih.
Namun semasa ingin membuat bayaran peniaga itu tidak mahu menerima bayaran untuk kuah lebih itu. Bagaimanapun setelah Mila menerangkan bayaran lebih berkenaan adalah hadiah buatnya lantas peniaga itu gembira menerima pemberian beliau.
Menyelitkan nasihat buat para pengikutnya kata Mila lagi, jangan menganggap sumbangan tersebut sebagai sedekah kerana boleh menyebabkan peniaga segan untuk ambil pemberian wang daripada kita tetapi memaklumkan pemberian itu sebagai hadiah.
Kelakuan sering bersedekah perlu diterapkan dalam diri seorang usahawan sekiranya mahu berjaya. Nasihat Mila lagi sebagai usahawan supaya jangan lokek membantu usahawan kecil. Apabila membeli daripada peniaga jalanan sering ajar diri untuk bagi wang lebih dan sebut sebagai hadiah.
Ramai para pengikut akaun Instagram Mila yang mengucapkan terima kasih kepada Mila kerana telah berkongsi ilmu kepada mereka. Ada para peminatnya yang mendoakan Mila semoga diberikan keberkatan didalam kehidupan.
Mila juga mengingatkan jika kita sentiasa tidak berkira dan membahagiakan orang lain maka Allah akan memberikan kebahagiaan buat kita berlipat kali ganda.
Sesungguhnya perasaan memberi dan membahagiakan orang itu adalah suatu perasaan yang tidak ternilai dan mampu membuatkan diri kita juga merasa sangat bahagia. Sekiranya kita dapat membantu orang lain pasti akan memberikan seribu kepuasan buat diri kita sendiri.
Patutlah Mila ni murah dengan rezeki rupanya beliau sentiasa amalkan beri hadiah dan menggembirakan orang lain. Semoga perkongsian Mila ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada orang ramai.
Sumber: Instagram mira_jirin
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.