Hiburan

Peminat minta bgambar time makan, Anak Fasha Sandha minta ibu berhenti berlakon

Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Binti Hassan merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal di Malaysia. Fasha mempunyai kelab peminat yang diberi nama We Love Fasha Sandha yang menyokong kerjaya seninya itu selama ini. Fasha juga tidak smbong dan sering menjaga hati peminatnya. Fasha Sandha sering diberikan watak yang berat sejak kemunculan pertamanya dalam sebuah drama yang berjudul Natasha.

Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Terdahulu Fasha pernah mendirikan rumahtangga bersama Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai. Hasil daripada perkahwinan tersebut Fasha dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Menerusi Instagram, Fasha berkongsi video beliau sempat merakamkan anak sulungnya sedang meluah perasaan meminta beliau untuk berhenti berlakon.

View this post on Instagram

Kisah beberapa hari lalu, ..Sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food 😅 Tiba ada beberapa orang datang kemeja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar, Tiba2 anak sulung ibu ni luah perasaan dia , suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan 😂 Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan. Acting is my passion sayang. Setelah hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni? Anak ibu baru 7 tahun dah pandai kesiankan ibu 🤰 kena berdiri. I love you anakku. Video ni kenangan untuk sayang. . #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Anak sulung Fasha Putra Rayfal itu sudah semakin membesar dan begitu perihatin mengenai kesusahan yang dihadapi ibunya sedang sarat mengandung kerana terpaksa melayani peminat yang mahu bergambar ketika sedang makan bersama keluarga. Beliau sedar bahawa ibunya merupakan seorang pelakon terkenal dan mempunyai peminat yang sangat ramai di Malaysia.

Sebagai ibu, Fasha merasa sangat terharu dengan sikap perihatin yang ditunjukkan oleh anak sulungnya itu. Namun Fasha juga berkata berlakon merupakan jiwa beliau. Setelah hampir 9 bulan berehat daripada sebarang penggambaran drama kerana menjaga kandungan, baru-baru ini beliau turut meluahkan rasa rindu untuk kembali ke set penggambaran.

Ramai yang memuji sikap Rayfal yang memiliki hati yang baik dan sangat mengasihi ibunya. Rata-rata netizen juga berpendapat para peminat perlu menghormati artis semasa mereka sedang makan bersama keluarga.

linasalmin, Rayfal dah bambam lah…so cute n clever boy..so proud of you rayfal sayang ibu…pandai mrnghargai ibu dia…good job rayfal.

farishyaaida, Alalalla cian nya dia ,really such good heart ,too loving mummy ,dont want you famous anymore, so caring.

ainasazali91, Comey jer. besa ni dh matang pemikiran die. Semoga jd anak yg soleh yer rayfal.

binyimt, Makin handsome that boy n so clever, pandai dia cian dgn ibu ye sayang, part dia cakap you always tired n pregnant, people want to take picture with u, u must stand, sebak rasa.

theyanwati, dlm masa yg sama kita faham perasaan dan prihatin seorang anak pd ibunye,dan dlm masa yg sama pon ibunye mencari rezeki,rayfal sangat syg ibunye terharu dgn kejujuran dia.

zainoriedayah, sori rayfal..ibu rayfal cntik sgt..rugi klu x dpt mik gmbr klu dh jump depn2..tp untung ibu rayfal dpt ank yg memahami ibunya.

zaleha.abdulhamid, you are such a lucky momma Fashasanda because at his age, he cares and concern a lot about you. Alhamdulillah, berkat didik an seorang ibu.congrats

baidzurafiz, Peminat pon satu.. Kalu dah taw artis tgh berfamily meet/makan ke apa.. Xpayah la sibuk nak ambik gambar.Mereka pon nk privacy gak. Chill je la. Time artis sorang2 tegur la sepuas2nya.. Tq rayfal educate peminat ni secara tak langsung.. Walaupon luahan ke ibu fasha.

Usia semuda Rayfal sudah pandai meluahkan rasa perihatin sebegitu terhadap ibunya. Melihatkan sisi positif Rayfal sangat matang dan mahu melindungi ibunya. Memang bijak Rayfal ni. Tahniah Fasha berjaya membesarkan Rayfal dengan sangat baik.

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.