Hiburan

“Setelah 7 hari awak diperkenalkan oleh daddy mummy” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan Berjaya SM Faliq SM Nasimuddin. Beliau merupakan anak kepada pengasas Kumpulan Naza. Merupakan anak keempat beliau juga berkecimpung dalam bidang perniagaan bagi meneruskan legasi perniagaan bapanya. Terkini beliau memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn Bhd. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang bersama Chryseis Tan iaitu anak sulung kepada Pengerusi Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan pada Februari 2018.

Setelah hampir 2 tahun berumahtangga pasngan ini akhirnya mengumumkan berita gembira bakal menimang seorang cahaya mata perempuan pada bulan lalu.

Pada 19 Julai yang lalu menerusi Instagram Chryseis, beliau memaklumkan berita gembira telah selamat melahirkan anak perempuan sulung mereka.

Baru-baru ini Chryseis juga telahpun berkongsi nama buah hati sulungnya itu bersama dengan para pengikutnya di Instagram setelah hampir seminggu dilahirkan. Puteri sulung itu diberi nama Arianna Kyla Tan SM Faliq.

Ruangan komen Instagram beliau dipenuhi ucapan tahniah daripada para pengikutnya. Para pengikut beliau juga turut mendoakan kesejahteraan bayi dan memuji wajah comel puteri sulung pasngan berkenaan.

Selamat berpantang diucapkan buat Chryseis dan selamat bergelar ibu bapa buat pasngan ini. Pasti mereka juga teruja mengharungi kehidupan baru bersama anak mereka.

Sumber: Instagram chrystan_x

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.