Hiburan

“Berkaca mata awk tinggal anak isteri berpantang” – Netizen

Sebagai pasngan yang baru sahaja bergelar ibu bapa pastinya perasaan sayang kepada anak begitu kuat dan akan merasa sedih sekiranya perlu berjauhan daripada anak. Begitu jugalah yang dirasai oleh Nadzmi Adhwa yang baru sebulan bergelar bapa. Terdahulu, beliau dan Ardell Aryana telah mendirikan rumahtangga pada 1 September 2019 dan pada 5 Jun yang lalu pasngan itu telahpun menerima kehadiran buah hati sulung.

Kehadiran buah hati sulung itu tentunya menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga. Cahaya mata sulung mereka iaitu seorang bayi perempuan telah diberikan nama Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa.

Walaupun teruja dan sangat gembira bergelar bapa, Nadzmi juga melahirkan rasa sayu dan sebak  mengenangkan keskitan dan perjuangan yang ditempuhi oleh isterinya ketika proses kelahiran setelah hampir 16 jam Ardell bertarung ny4wa sebelum bersalin secara normal.

Menerusi instagram Nadzmi meluahkan bahawa beliau terpaksa mngalkan keluarga kerana memenuhi tuntutan kerja selama 17 hari. Hampir 2 minggu buat pertama kalinya terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri selepas bergelar bapa.

Sebagai seseorang yang baru sahaja bergelar bapa, sudah pasti perasaan sedih untuk mngalkan anak demi tuntutan kerja amat kuat. Malahan Ardell juga masih lagi dalam pantang dan perluukan penjagaan dan perhatian suami.

Rata-rata netizen memahami keadaan Nadzmi tersebut dan berusaha untuk menyokong dan memberikan kata-kata semangat buat beliau.

 

Begitulah lumrah dalam kehidupan. Sebagai seorang suami dan bapa, tanggungjawab Nadzmi lebih berat dan penting untuk mencari nafkah buat keluarga. Beliau juga perlu memelihara amanah Allah yang baru dikurniakan kepadaNya. InsyaAllah selepas 17 hari akan kembali semula bertemu anak dan isteri.

Sumber: Instagram nadzmiadhwa

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.